10 June 2016

Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang

Percutian ke Bukit Gambang Resort City (BGRC) Kuantan pada pertengahan tahun sebelum menyambut Ramadhan. Bertolak ke Kuantan pada 28.05.2016, ini merupaka percutian satu malam kali yang kedua bagi tahun ini. 

Perjalanan Awal bagi dari Melaka ke Kuantan melalui Segamat. Kami singgah makan tengahari di Muadzam Shah. Kebetulan terjumpa pula kedai makan yang menyajikan masakan lauk kegemaran iaitu ikan patin tempoyak dan udang galah. Percaya tak makanan tengahari kami iaitu dua pinggan nasi putih, berlauk sayur, ikan keli dua ekor sotong sambal dan seekor udang galah saiz XL hanya RM48!!. Murah kan?

Ketika sampai di BGRC orang agak ramai maklumlah cuti sekolah. Kami menginap di Arabian Resort dgn harga RM240 semalam termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Bilik kami sangatlah besar boleh muat 10 orang. Lain-lain kemudahan biasa-biasa saja. Apa yang patut dipuji kawasan parking yang besar dan selamat di Resort ini.

Resort ini agak jauh dari bandar Kuantan tetapi untuk mencari makanan sangat mudah kerana berhampiran dengan taman perumahan dan keda-kedai makan.

Secara keseluruhan percutian kali ini biasa-biasa aje tetapi Kuantan tetap menjadi destinasi percutian kami di masa-masa akan datang.


























Gerai makan yang menyediakan lauk ketam dan udang galah di Muadzam Shah