11 February 2018

Kukup Golf Resort Pontian Johor


Vacation singkat ni dibuat tanpa plan... saja nak refresh berduaan dengan hubby. Kami bertolak dari Johor Bahru selepas hubby habis kerja pada hari Sabtu 10 Februari. Perjalanan melalui highway PLUS mengambil masa kira2 40 minit untuk sampai ke destinasinya. Kami berhenti makan di kedai makan kampung dalam perjalanan ke Kukup.

Tempahan online melalui Agoda hanya RM100 untu bilik double bed. Suasana di sini amat nyaman dan sunyi jauh dari hiruk pikuk dan kesibukan kota.

Yang bestnya di sini ada SPA untuk Thai Massage. Theme park dan kolam renang yang besar... Pada malamnya kami ke pekan Kukup untuk menikmati makan malam di restoran seafood yang menghidangkan makanan laut yang segar dan enak....

Gambar admin takde, gambar hubby je sbb takde mood sangat nak bergambar time ni....