31 March 2018

Istanbul Turkey Mac 2018

Pada 31 Mac 2018 kami berkesepatan berkunjung ke istanbul turkey. Flight selama 11 jam menaiki Turkish Airlines dari KLIA ke Istanbul. Cuaca di Istanbul sejuk 14'C dengan musim bunga Tulip. Kunjungan di sekitar Istanbul tertumpu kepada Blue Mosque dan Grand Bazaar.

Istanbul memang cantik... tempatnya, orang-orangnya malahan kucing-kucing jalanan nya juga sangat cantik dan comel. Cuma makanan nya sangat mahal. Nasi kosong sepinggan 8 Lira, Air Mineral botol kecil 7 Lira, Hot Chocolate 17 Lira. Harga makanan lebih mahal dari Starbuck.

Kalau nak shoppin barang-barang eloklah pegi di kedai-kedai biasa yang ada sepanjang jalan. di Greand Bazaar harga barangnya sebenarnya lebih mahal. 

Breakfast and lunch di Istanbul disajikan nasi putih + brown rice, telur dadar dan dan tomato. Tomato makanan ruji kat Turkey kerana setiap hidangan mesti ada tomato tapi tomato mereka beza dari biasa. Manis rasanya tak masam macam tomato kita...