1 May 2018

Steamboat di See U

Sempena cuti hari buruh 1 Mei... Pegi jenjalan dengan hubby. Mula2 pegi tengok wayang citer Avengers. Alahai x bestnya, aku tido berdengkur je dalam panggung. Lepas abis tengok wayang hubby ajak pusing2. Pegi la AEON Jusco... Mana lagi shopping mall yg best kat Melaka ni selain di sini je. 

Tetiba rasa nak makan steamboat di see u... Rasanya dah dua tahun kot tak dtg makan kat sini.. so hari ni berjaya pujuk hubby makan sekali sebab dia bukanlah penggemar steambot pun... Hmm hubby ni kan kata tak suka steamboat tapi bila order dia dulu yang habiskan mangkuk dia... Kalau yang demam tak kebah tu, badan  dedau2 tu eloklah pekena steamboat see u yang pedas dan panas2 ni. Untuk kuah / soup saya pilih tomyum soup hubby pulak chicken soup.