12 October 2015

Mersing Kampungku Sayang

Pada hari Sabtu lepas 10 Oktober, kami bertolak pulang ke kampung halaman di Mersing Johor. Walau sekejap pun jadilah untuk menghilangkan kerinduan pada kampung halaman dan yang paling penting dapat berjumpa ibu bapa dan adik-adik tercinta.... Bertolak dari Melaka kira-kira 11 pagi... sampai di Tol Ayer Hitam kira-kira  12.15 tengahari. Kira-kira dah masuk waktu lunch, memandangkan kami tidak sempat bersarapan pagi, maka perut sudah mula berkeroncong. Suami mencadangkan kami singgah di sebuah kedai terletak di sebelah kiri Highway Ayer hitam - Kluang. Kedai ni memang terkenal dengan masakan ikan sungai segar dari Empangan Sembrong Kluang. Sesiapa penggemar ikan sungai bolehlah dapatkan ikan lampam, baung, Talapia dan macam-macam lagi di sini.Selepas menjamu selera, perjalanan diteruskan ke Mersing... 

Sambil bertemu keluarga tercinta apa yang menariknya di Mersing ni selain tempat yang cantik dan nyaman ialah makanannya yang sedap-sedap belaka dan jarang ditemui di tempat lain. bukan nak puji kampung sendiri, tapi hakikatnya memang begitu. Silalah berkunjumg ke Mersing untuk mempastikan kebenran kata-kata saya ini... hihihihi...

Kalau nak sarapan pagi, boleh cari nasi dagang yang sedap atau nasi goreng tido bersama sup daging di Air Papan. Minum petang boleh singgah di gerai Roti Arab Tenglu Laut. Makan malam pula banyak pilihan makanan panas dan sebagai bekalan boleh beli keropok lekor Mersing yang sangat sedap untuk dibawa pulang..



Menu tengahari kami, talapia goreng, asam pedas ikan baung, telu asin, telur dada dan ulam2


Kepala ikan baung asam pedas


Roti Arab Kg Tenglu Laut Mersing.. murah RM1 sahaja


Soto


Sarapan Pagi Nasi Goreng Tido Air Papan


Singgah beli keropok lekor sebelum bertolak balik Melaka