16 February 2016

Banjirrr

Sehari sebelum Tahun Baru Cina, Taman Perumahan saya telah dinaiki air... Mujurlah kawasan rumah saya tidak dimasuki air hingga ke dalam rumah, sekadar jalan raya depan rumah dan longkang belakang saja yang dipenuhi air. Sebenarnya setiap tahun bila tiba Tahun Baru Cina, situasi begini memamg akan dihadapi oleh kami di Taman Krubong Indah Melaka.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kami tidak dapat meninggalkan rumah so terpaksalah bercuti dekat-dekat aje. Dekat-dekat yang dimaksudkan tu hanyalah berpiknik di tepi pantai sahaja. Jadilah, boleh piknik sambil mandi-manda... Destinasi cuti cuti kami Pantai Puteri Melaka... Enjoy!!!













10 February 2016

Jalan2 CNY Port Dickson - Rumah Terbalik

Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini membawa kami adik beradik dan ipar duai berkumpul di rumah saya di Melaka. Berkumpul semalaman sebelum meneruskan percutian seperti yang telah dirancang. Percutian bajet dan tak perlu berjalan jauh pastinya destinasi yang paling sesuai ialah Port Dickson kerana sangat dekat dengan Melaka. Pagi Sabtu 6hb Feb 2016 kami bergerak menuju ke Port Dickson. 

Tempat yang dirancang awal untuk dikunjungi ialah Rumah Terbalik. Lokasinya berhadapan dengan Apartment ANCASA. Tiket untuk dewasa RM20 dan kanak-kanak RM15. 

Kira-kira 1 jam menghabiskan masa di dalam Rumah Terbalik dan ART 3D kami mengisi perut di PD Waterfront, menjamu masakan panas ala thai. Harga yang berpatutan untuk 11 orang makan dan 11 jenis lauk hanya RM150+++ sahaja. 

Selepas menjamu selera kami check in di The Regency Port Dickson. Sewa untuk 1 apartment 3 bilik ialah RM590 semalam. Oklah untuk memberi keselesaan kepada ahli keluarga kami yang besar. 

































1 February 2016

Ikan Bakar Alai Melaka

Sabtu lepas, akak makan ikan bakar. Sebenarnya dah lama sangat tak pergi makan ikan bakar ni. Last datang makan pada tahun 2013 kalau tak salah. Selalunya ikan akar Alai yang menjadi pilihan sebab  lokasinya lebih dekat berbanding dengan ikan bakar serkam, umbai dan muara sungai duyong. Yang istimewanya di Melaka ni orang makan ikan bakar dengan nasi lemak tau tapi kalau nk request nasi putih pun boleh juga...

Kali ini kami ke Alai  lagi tapi restoran yang dikunjungi bukan lah Ala Kassim Crystal Baya Alai seperti kebiasaan tetapi kali ini husband memilih tempat makan baru, Restoran d Akar Alai namanya. Kedainya berdekatan dengan Ala Kassim. Pada mulanya kami was-was nak makan di sini memandangkan tidak ramai pelanggan berbanding dengan kedai lain tetapi setelah melihat kesegaran seafoodnya kami teruja untuk mencuba.

Apa yang dapat kami simpulkan, seafood dia memang terbaik dan sangat-sangat segar... Masakan boleh tahan.  Harga pula sangat berpatutan dan yang penting tidak perlu menunggu lama umtuk makanan sampai ke meja... High Recommend!!


Udang butter, pepahat black paper dan Ketam sambal


Sotong celup tepung, ikan bakar


Nasi Lemak bungkus wajib makan dengan ikan bakar


Seafood sangat segar, udang saiz XXXL