23 April 2017

Bulan Madu: Langkawi


Alhamdulillah selepas selamat semuanya, dapatlah kami berbulan madu di Langkawi. Perjalanan menaiki flight dari KLIA 2 hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja untuk sampai di Airport Langkawi.

kami memilih untuk menginap di Holiday Villa yamg terletak hampir dengan pantai. Suasana nyaman, resort yang cantik, makanan yang sedap-sedap. inilah Langkawi... yang paling best jalan-jalan di uptown waktu malam (memang buka malam sahaja pun)... happeningnya... Cuma foot massage kat uptown tu tak best pun... bayar RM30 untuk 30 minit tapi urut tak smpai pun 15 minit... hampeh...banyak benda nak shopping di Uptown tapi malangnya sangat kurang kedai-kedai yang ingin menerima kad kredit.







21 April 2017

Makna Perkahwinan

Kahwin ni macam ni.....
Ada masa bahagia dan senyum sampai ke telinga ❤️
Ada masa bergaduh sampai rumah macam nak runtuh 😬
Ada masa ribut datang dengan goncangan pelakon tambahan 😢
Ada masa mak mertua datang bertandang dan tinggalkan sedikit kesan ☹️
Ada masa mak sendiri beri sedikit pandangan dan menantu pun tersenget hati sambil memendam 😖
Ada masa rasa nak lari tinggalkan pasangan 😅
Ada masa macam menyesal tapi tak boleh nak patah balik ke belakang 😱
Ada masa rasa macam beruntungnya kahwin dengan pasangan 🌺
Ada masa rasa apasal lah macam ni kehidupan 🤔
Ada masa duit tak cukup nak makan jauh sekali nak berjalan2 💰
Ada masa rasa romantik macam dalam dunia perfileman 😍
Ada masa basah lenjun dua orang sebab naik motor dalam hujan. Berhenti kat traffic light nampak ada couple acah2 romantik dalam kereta padahal tak jadi kahwin in the future 😜
Macam tu kahwin dik. Banyak suka dan banyak jugak duka ✔️
Orang bertahan bukan sebab harta tapi sebab tanggungjawab to each other. Sebab dah janji pada diri akan bersama dalam duka dan suka.Dalam filem cinta tu 2 jam aje. Dia tak tunjuk korek tabung sebab nak beli nasi. Dia pun tak tunjuk waktu gaji selesai dalam masa sehari.
Realiti tak sama dengan fantasi 💑
Kepada yang dah berkahwin, doalah perkahwinan kalian sampai ke jannah.
Kepada yang belum berkahwin, ada masanya jodoh tiada itu adalah rahmah.
Kepada yang nak sangat berkahwin, mohonlah kepada Allah.