13 April 2018

UMRAH APRIL 2018

1 APRIL 2018 HINGGA 12 APRIL 2018, 
BERSAMAAN 14 REJAB HINGGA 25 REJAB 1439H...  LABAIKALLAH...

Semoga Allah sudi terima kami sebagai tetamu Nya. Tetamu yang paling istimewa, tetamu yang paling-paling istimewa. Sesungguhnya hanya DIA yang berkuasa memberi keistimewaan kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Semoga Allah kurniakan kami yang terbaik, yang teristimewa dan yang terpilih di antara jutaan hamba-hamba Nya.

Terima kasih Allah kerana kesudianMu menerima kami hamba Mu yang pendosa dan hina ini. Banyak tempat kami pergi tapi RumahMu inilah tempat yang paling indah, paling mendamaikan. Hari-hari yang kami lalui di sini terlalu cepat sangat berlalu, tak puas dan perasaan rindu yang sarat tidak pernah berakhir walaupun kami telah pulang ke Tanah Air. Ya Allah jemput lagi kami ke sana Ya Allah.... 











31 March 2018

Istanbul Turkey Mac 2018

Pada 31 Mac 2018 kami berkesepatan berkunjung ke istanbul turkey. Flight selama 11 jam menaiki Turkish Airlines dari KLIA ke Istanbul. Cuaca di Istanbul sejuk 14'C dengan musim bunga Tulip. Kunjungan di sekitar Istanbul tertumpu kepada Blue Mosque dan Grand Bazaar.

Istanbul memang cantik... tempatnya, orang-orangnya malahan kucing-kucing jalanan nya juga sangat cantik dan comel. Cuma makanan nya sangat mahal. Nasi kosong sepinggan 8 Lira, Air Mineral botol kecil 7 Lira, Hot Chocolate 17 Lira. Harga makanan lebih mahal dari Starbuck.

Kalau nak shoppin barang-barang eloklah pegi di kedai-kedai biasa yang ada sepanjang jalan. di Greand Bazaar harga barangnya sebenarnya lebih mahal. 

Breakfast and lunch di Istanbul disajikan nasi putih + brown rice, telur dadar dan dan tomato. Tomato makanan ruji kat Turkey kerana setiap hidangan mesti ada tomato tapi tomato mereka beza dari biasa. Manis rasanya tak masam macam tomato kita...


































11 February 2018

Kukup Golf Resort Pontian Johor


Vacation singkat ni dibuat tanpa plan... saja nak refresh berduaan dengan hubby. Kami bertolak dari Johor Bahru selepas hubby habis kerja pada hari Sabtu 10 Februari. Perjalanan melalui highway PLUS mengambil masa kira2 40 minit untuk sampai ke destinasinya. Kami berhenti makan di kedai makan kampung dalam perjalanan ke Kukup.

Tempahan online melalui Agoda hanya RM100 untu bilik double bed. Suasana di sini amat nyaman dan sunyi jauh dari hiruk pikuk dan kesibukan kota.

Yang bestnya di sini ada SPA untuk Thai Massage. Theme park dan kolam renang yang besar... Pada malamnya kami ke pekan Kukup untuk menikmati makan malam di restoran seafood yang menghidangkan makanan laut yang segar dan enak....

Gambar admin takde, gambar hubby je sbb takde mood sangat nak bergambar time ni....











23 April 2017

Bulan Madu: Langkawi


Alhamdulillah selepas selamat semuanya, dapatlah kami berbulan madu di Langkawi. Perjalanan menaiki flight dari KLIA 2 hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja untuk sampai di Airport Langkawi.

kami memilih untuk menginap di Holiday Villa yamg terletak hampir dengan pantai. Suasana nyaman, resort yang cantik, makanan yang sedap-sedap. inilah Langkawi... yang paling best jalan-jalan di uptown waktu malam (memang buka malam sahaja pun)... happeningnya... Cuma foot massage kat uptown tu tak best pun... bayar RM30 untuk 30 minit tapi urut tak smpai pun 15 minit... hampeh...banyak benda nak shopping di Uptown tapi malangnya sangat kurang kedai-kedai yang ingin menerima kad kredit.