17 July 2013

Menu Sotong Iftar

Hari ini Ramadhan yang ke 8 dalam tahun 1434H. Alhamdulillah syukur masih diberikan kesempatan untuk menghimpun nikmat dan keberkatanMu ya Allah di bulan yang penuh barakah ini. Seperti tahun-tahun sudah aku bukanlah orang yang suka mengunjungi Bazaar Ramadhan atau berbuka puasa di luar, bagiku itu semua hanyalah godaan hawa nafsu berpuasa semata, tiba saat dan ketika berbuka nanti, semua yang dibeli atau yang dipesan pastinya tidak akan habis dimakan dan akhirnya jadilah kita orang-orang yang membazir dan mengikut hawa nafsu semata-mata. Untuk hari ni saya memilih sotong yang dah lama jugaklah berada di dalam peti ais tu sebagai menu berbuka puasa.. Taraaa inilah sotong kicap dan sotong sambal. Dua menu sotong sekaligus untuk menu berbuka hari ini.. Selamat berbuka...




6 July 2013

Makaroni Bakar

Teringin rasanyer nak makan makaroni bakar.. dah lama nak try resepi ni, tapi selalu tak berkesempatan. Semalam setelah beberapa kali google resepi ni di internet akhirnya siang tadi ku teruskan juga projek yang sudah lama tertangguh ni... Simple jer nak buat makaroni bakar ni.. Dan hasilnyer pun not bad lah walaupun this is my first try... taraaa...







30 June 2013

Seafood Segar - Khazanah Mersing

Semalam balik kampung naik bas dari Melaka. Bila sampai Kampung (Mersing) macam-macam nak makan tambah lagi bila tengok udang dan sotong yang segar ini... Kat Mersing ni macam-macam ada... semuanya sedap dan segar2 belaka.. Tengok gambar sotong dan udang ni dah tahu betapa segarrnya makanan laut di sini kan?...tambah lagi dengan makanan-makanan lain yang sedap dan jarang dijumpai di tempat lain seperti sata, kuih akok dan laksa lemak... fuyoo memang bestlah Mersing ni macam-macam ada.. (Promote Kampung sendiri nampakkkk??)






16 June 2013

Rendang Berbuah

Pokoknya Kecik jer.. tapi buahnya alhamdulillah lebat... Pokok Mangga Melaka Delight ini yang ditanam di hadapan rumah ku ini dibeli dari Jabatan Pertanian, dah banyak kali berbuah.. rasanya memang sangat manis....





6 June 2013

Klebang Beach Resort

Percutian semalaman (2D1N) bersama keluarga pada 04.06.2013 di Klebang Beach Resort Melaka memang tidak dirancang. Resort ini terletak di tepi Pantai Klebang Melaka memang sangat nyaman dan cantik lokasi serta pemandangannya. Tetapi keadaan bilik sangat sempit dan cukup2 untuk dihuni oleh 2 orang sahaja.. Oleh kerana percutian ini dalam bulan bajet dan atas desakan adik kesayangan yang hendak bermandi manda di swimming pool, maka resort ini adalah pilihan yang sesuai. Harga Super Peak Season untuk Superior Room ialah RM159 satu malam termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Gambar bilik tak dapat diambil sebab keadaan bilik yang sangat berselerak hahahaha.... Walau bagaimanapun, kami sekeluarga gembira berada di sini, dan hidangan sarapan di cafe resort agak memuaskan dengan menu sarapan yang agak banyak disediakan, ada nasi goreng, kuetiaw goreng, rendang ayam, mihun sup, bubur, omellet, baked bead, baked potato, chicken koktail, roti, bijirin, salad, aneka buah dan puding, fresh oren, kopi dan teh....








2 June 2013

Aduan MBMB

Lori dan Jamban

Walaupun aku bukan rakyat Melaka, tapi sebagai penduduk yang bermastautin di Melaka, banyak juga pengalaman aku dengan Pihak Berkuasa Tempatan Melaka (MBMB) ni. Antaranya aduan tentang lori masuk taman perumahan pernah tersiar di utusan malaysia klik sini untuk bacaan. Aduan masalah jiran yang mengubahsuai jamban tanpa Pelan kelulusan  sehingga menyebabkan rumah aku rosak juga melibatkan MBMB dan masih belum selesai hingga sekarang. 

Dari pengamatan aku, walaupun Melaka ni dah terkenal di mata dunia, negeri Maju dan negeri UNESCO bagai tapi tahap perkhidmatan PBTnya  masih ditahap yang lemah... Bila ada aduan jarang nak siasat, lambat bertindak dan tak keterlaluan kalau aku katakan mereka ni macam pahat dengan tukul sekali ketuk, sekali berbunyi disamping karenah birokrasi yang melampau...

Harap KM Melaka yang baru ni dapat revise semua aduan kepada MBMB yang masih belum selesai... dan harap sangat Datuk KM semak semula fail aduan saya yang dah terlalu lama disimpan tanpa peyelesaian dan kesudahan.




1 June 2013

Asam Pedas Jenahak ala Johor


Sebenarnya ikan jenahak ni ada 3 ketul yang terdiri daripada ekor, badan dan kepala... tapi malangnya aku dapati hanya kepala saja yang tinggal ketika aku kembali ke sinki dapur untuk membasuh ikan tersebut... huh  ni mesti keje salah sekor dari 4 ekor si manja ku... apa nak buat makan kepala ikan je lah sebab isi dah dingap... Aku redha sambil memasak kepala jenahak asam pedas kegemaranku... huk huk huk...