Sebenarnya dah lama tekak ni terasa nak makan nasi lemak yang dimasak sendiri, sambalnya hanya sambal ikan bilis dan dibalut dengan daun pisang di depan rumah. Tapi kesempatan nak membutnya tu belum bertemu hari yang sesuai. weekend lepas terlaksana jugalah hajat di hati. Sedapnyer dapat menikmati nasi lemak yang diidamkan.. Dari pagi sampai ke malam makan nasi lemak je lah...
16 December 2015
5 November 2015
Cuti2 Bukit Tinggi Pahang - Colmar Tropicale
First time ikut family day trip ofis. Perjalanan bermula pada pukul 3.30 petang 30 Oktober 2015 dengan menaiki bas yang disewa jabatan.
Perjalanan sebenar cuma mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja tetapi kerana bertolak lewat sehingga terpaksa bersaing dengan orang baru pulang pejabat dan hujan renyai di sepanjang perjalanan menyebabkan masa yang agak lama diambil untuk samapi ke Destinasi. Perjalanan naik ke Bukit Tinggi tidaklah adventure sangat. Sampai di Bukit Tinggi kira2 8.30 malam (kira-kira 5 jam perjalanan dari Melaka). Terus ke bilik selepas check in kerana badan keletihan sepanjang perjalanan mengharungi jam di KL.
Walaubagaimanapun keletihan namun terubat dengan udara segar dikelilingi taman-taman dan hutan di resort ini. Caj sebanyak RM13 seorang dikenakan untuk masuk ke resort ini. Ada tiga tempat menarik yang boleh dilawati secara percuma iaitu Japanese Village, Animal Park dan Botanical Garden.
Pandangan di luar balkoni... Nyamannya melihat pokok hijau
Di Kaki bukit sebelum naik ke Japanesse Village
Sesaja nak mencuba makanan di Bukit tinggi : Mihun tomyam + orange juice - RM29.50
4 November 2015
Port Dickson lagi - Avillion Admiral Cove
Pada tarikh 26 hingga 28 Oktober 2015 sekali lagi berkampung di Port Dickson. Kali ini bukan bercuti tetapi lebih tepat lagi bercuti sambil mengikuti kursus anjuran jabatan. Seronok juga berkursus ni lebih2 lagi jika jabatan yang tidak berkira sangat menyediakan penginapan dan tempat berkursus yang menarik.
Pagi Isnin 26 Oktober bertolak dari rumah ke Port Dickson .... Sampai di Port Dickson lebih kurang pukul 12.30 pagi terus mencari kedai makan untuk mengisi perut yang berkeroncong minta diisi kerana sejak pagi lagi belum menjamah makanan.
Selesai makan terus ke Admiral Avillion Cove tempat penginanpan dan kursus untuk Check in.... Cantiknya tempat ni betul-betul mengadap laut dan dapat melihat kapa-kapal besar berlabuh di persisiran pantai...
*** Tarikh 26 Oktober ini juga kembalinya bapa saudaraku Mohamad Bin Abdul Rahman. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Al Fatihah...
Subscribe to:
Posts (Atom)