19 May 2016

Hotel Equatorial Penang: Persidangan dan Jalan-Jalan

Persidangan PERPENA 2 tahun  sekali,  kali ini dibuat di Hotel Equatorial Penang pada 15 hingga 17 Mei 2016. Tak banyak sangat nak kongsi pengalaman sebab datang ke sini pun atas urusan kerja, so masa nak jalan-jalan tu agak terhadlah. Apatahlagi penginapan kami di Hotel Equatorial yang terletak di Bayan Lepas agak jauh untuk keluar ke bandar dan tempat-tempat popular di sekitar Penang. Perkhidmatan Shuttle hotel hanya untuk perjalanan ke Queensbay Mall Bayan Lepas sahaja. Selebihnya jika hendak ke tempat-tempat lain perlu menaiki teksi yang bayarannya amatlah mahal boleh cecah RM100 untuk satu teksi...

Perjalanan menaiki kapal terbang MAS daripada KLIA ke Penang mengambil masa 40 minit sahaja. 

Musim durian di penang digambarkan dengan pemandangan sepanjang jalan dari Airport ke hotel menyaksikan deretan gerai menjual durian di tepi jalan. 

Orang kata kat Penang ni makanan sedap, so hari kedua tu sempat jugaklah ke Queensbay Bayan Lepas menikmati Beriani dan Cheese Nan di Kapitan... Rasa???? biasa2 je kot.. Harap2 tak sakit perut lah....

Lain2 pengalaman?... x de sangatlah kot untuk dikongsikan bersama melainkan pengalaman kehilangan bagasi sebaik sampai Airport Penang amatlah merungsingkan sampai spoil mood satu hari... nasib baik bagasi dijumpai semula dengan selamat, kalau tak sehelai sepinggang je lah sepanjang 3 hari di Penang.




PERSEKITARAN HOYEL EQUATORIAL PENANG. BUKA TV JER ADA WARM WELCOME KAT SCREEN TV...
























RESOTORAN KAPITAN DEPAN QUEENSBAY BAYAN LEPAS. PEKENA CHEESE NAN DENGAN KAWAN2 PERSIDANGAN












GAMBAR2 SEMASA PERSIDANGAN BERLANGSUNG.. TAK SAH KAN KL TAK SELPIE N WELPIE APATAH LAGI JUMPA SEMULA DGN KAWAN2 LAMA..
















3 March 2016

Felda Residence Tanjung Leman

Rasanya tahun 2016 ni belum sempat lagi nak pegi coti-coti  Plan nak bercuti ke Janda Baik cancel saat akhir. So kebetulan Ferlda Residence sedang buat promosi sepanjang februari ini so apa lagi rebutlah peluang yang masih bersisa tu.

Kami check in satu malam pada 26 Februari. Harga bilik superior hanya RM120 inclusive breakfast untuk dua orang. Ini harga promosi kalau tanpa promosi semalam RM250.

Suasana di sini amat tenang dan damai, resort yang sangat dekat dengan pantai sehinggakan deruan ombak dan tiupan angin laut dapat dirasakan hingga ke dalam bilik.. Dan yang paling awesome kolam renangnya amat besar dan panjang. Ini first time saya menginap di hotel yang mempunyai kolam renang begitu besar seperti ini....










16 February 2016

Banjirrr

Sehari sebelum Tahun Baru Cina, Taman Perumahan saya telah dinaiki air... Mujurlah kawasan rumah saya tidak dimasuki air hingga ke dalam rumah, sekadar jalan raya depan rumah dan longkang belakang saja yang dipenuhi air. Sebenarnya setiap tahun bila tiba Tahun Baru Cina, situasi begini memamg akan dihadapi oleh kami di Taman Krubong Indah Melaka.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kami tidak dapat meninggalkan rumah so terpaksalah bercuti dekat-dekat aje. Dekat-dekat yang dimaksudkan tu hanyalah berpiknik di tepi pantai sahaja. Jadilah, boleh piknik sambil mandi-manda... Destinasi cuti cuti kami Pantai Puteri Melaka... Enjoy!!!













10 February 2016

Jalan2 CNY Port Dickson - Rumah Terbalik

Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini membawa kami adik beradik dan ipar duai berkumpul di rumah saya di Melaka. Berkumpul semalaman sebelum meneruskan percutian seperti yang telah dirancang. Percutian bajet dan tak perlu berjalan jauh pastinya destinasi yang paling sesuai ialah Port Dickson kerana sangat dekat dengan Melaka. Pagi Sabtu 6hb Feb 2016 kami bergerak menuju ke Port Dickson. 

Tempat yang dirancang awal untuk dikunjungi ialah Rumah Terbalik. Lokasinya berhadapan dengan Apartment ANCASA. Tiket untuk dewasa RM20 dan kanak-kanak RM15. 

Kira-kira 1 jam menghabiskan masa di dalam Rumah Terbalik dan ART 3D kami mengisi perut di PD Waterfront, menjamu masakan panas ala thai. Harga yang berpatutan untuk 11 orang makan dan 11 jenis lauk hanya RM150+++ sahaja. 

Selepas menjamu selera kami check in di The Regency Port Dickson. Sewa untuk 1 apartment 3 bilik ialah RM590 semalam. Oklah untuk memberi keselesaan kepada ahli keluarga kami yang besar.