Cuti Tahun Baru Cina (9 Feb 2013 – 12 Feb 2013) aku tidak
berkesempatan pulang ke kampung halaman walaupun perancangan awalnya begitu,
ini kerana family di kampung hendak datang ke Melaka. So pada hari jumaat (15.02.2013) Suami
mengajak aku pulang ke kampung (Mersing) katanya dah lama tak balik kampung dan
tekak teringin sangat nak makan nasi dagang. Walaupun kampungku di Mersing
Johor, tapi keenakan nasi dagangnya setanding dengan nasi dagang Terengganu.
Ini kerana ramai orang pantai timur khususnya orang Terengganu datang
bermastautin di Mersing. Dan mereka inilah yang telah membuka perniagaan
menjual nasi dagang yang sedap tu.
Walaupun begitu setiap kali pulang ke kampung, aku dan suami
pastinya akan mengunjungi gerai nasi dagang kak mun yang terletak di Pantai
Penyabong. Bagi aku nasi dagang dia paling sedap di dunia.. selain dari menjual
nasi dagang, kak mun juga menjual pulut panggang (orang Terengganu panggil
pulut lepa) dan kuih bakar yang amat lazat rasanya. Ini kerana cara
penyediaannya masih lagi menggunakan kaedah tradisional dengan menggunakan
sabut untuk membakar.