20 February 2013

Nasi Dagang Penyabong



Cuti Tahun Baru Cina (9 Feb 2013 – 12 Feb 2013) aku tidak berkesempatan pulang ke kampung halaman walaupun perancangan awalnya begitu, ini kerana family di kampung hendak datang ke Melaka.  So pada hari jumaat (15.02.2013) Suami mengajak aku pulang ke kampung (Mersing) katanya dah lama tak balik kampung dan tekak teringin sangat nak makan nasi dagang. Walaupun kampungku di Mersing Johor, tapi keenakan nasi dagangnya setanding dengan nasi dagang Terengganu. Ini kerana ramai orang pantai timur khususnya orang Terengganu datang bermastautin di Mersing. Dan mereka inilah yang telah membuka perniagaan menjual nasi dagang yang sedap tu.


Walaupun begitu setiap kali pulang ke kampung, aku dan suami pastinya akan mengunjungi gerai nasi dagang kak mun yang terletak di Pantai Penyabong. Bagi aku nasi dagang dia paling sedap di dunia.. selain dari menjual nasi dagang, kak mun juga menjual pulut panggang (orang Terengganu panggil pulut lepa) dan kuih bakar yang amat lazat rasanya. Ini kerana cara penyediaannya masih lagi menggunakan kaedah tradisional dengan menggunakan sabut untuk membakar.






No comments: