31 August 2013

Cerita Cumi di Vet

Cumi kurang sihat beberapa hari ni, dia bermasalah nak buang air kecil... salah aku jugak sebab salah bagi makanan kat dia... Bila Cumi sakit akulah orang yang paling risau, semua kerja jadi tak kena sebab runsing memikirkan keadaan dia.. Ya Allah jauhkanlah kucing kesayangan aku ni dari perkara2 yang tidak baik.. sembuhkan dia Ya Allah.. hanya itulah doa yang meniti di hujung bibir ku setiap masa..

Selepas membuat appointment bersama Vet aku segera membawanya ke Klinik. Alhamdulillah, keadaan Cumi tidaklah trauma dan tidak perlu pembedahan. Doktor cuma bagi ubat dan menukar Diet Cumi.. Get Well Soon.. Mummy sayang Cumi sangat2...


Medical Report Cumi



Tukar Diet pulak yer Cumi.. ni makanan Cumi yang terbaik - Kata Doktorlah...



Ni ubat Cumi 5 biji sekali makan untuk 2 kali sehari...



Bil Rawatan Cumi - RM200+++ walaupun tak warded and surgery... Boleh tahannnnlah..



Ini bukan Cumi, tapi ini Max, baby dog yang Cumi jumpa kat vet semalam.. Max ni sangat cute, manja dan friendly... Cumi suka dapat jumpa Max...



No comments: