Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik
mambancuh simen. Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti
melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling
itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya .
Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang
berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus
mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama
kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.
Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku !" Kata lelaki itu
dalam hati. Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya
dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang
mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya.
Puas ketuanya
menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada
aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai
bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya
itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak
melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya
kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya
dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.
Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di
lantai.
Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali
batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit, lelaki itu
mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang
menyerang tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak
tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan. Sahabat
sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ), rahmat atau
kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan
'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke
atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi, acap kali
kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati
pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak
berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa
musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya
setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat utk mendongak,
menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
No comments:
Post a Comment