19 March 2013

Che Ta Kucing Istimewa






Che Ta ditemui ketika aku sedang memarkir kereta selepas keluar makan tengahari, sebaik sahaja keluar dari kereta, aku terlihat seekor kucing putih di bawah Gazebo kawasan pejabat ku.. Setelah mendekatinya aku dapati kucing itu kelaparan, dan keadaannya ketika itu sangat daif dan kotor. Paling menyedihkan aku dapati matanya buta... Tanpa berfikir panjang aku terus memegangnya, niat aku ketika itu hendak membawa dia pulang ke rumah dan memberi dia makan. Sekarang dah lebih 6 bulan Che Ta jadi keluarga aku... Memang dia nakal sikit dan suka cari pasal ngn kucing-kucing yang lain....tapi mummy tetap akan sayang Che Ta@

Sambal Sotong

Orang Johor cakap sambal tumis sotong tapi orang Melaka cakap Sambal Sotong...


Resepi Sambal Sotong

Sotong dibersihkan dan dipotong tora (bulat2)
Lada kering dikisar bersama bawang merah dan bawang putih dan sedikit belacan
Panaskan minyak, tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan naik bau,
masukkan sotong dan asam keping, perisakan dengan garam dan sedikit gula
kemudian sedia untuk dihidangkan

@Selamat mencuba@

Cantekknya meja taman ni...

Cantik-cantikkan meja taman ni... Ada satu blog yang menjual meja taman ini di Jasin Melaka. Saya berharap perniagaannya masih beroperasi dan stok meja taman yang cantik ini masih ada lagi...



  Gambar-gambar ehsan dari setmejataman.blogspot.com

15 March 2013

AEON CREDIT Yang Biadap


Pada 14.03.2013 (Khamis) pagi saya telah menerima panggilan daripada AEON Credit daripada nombor telefon 03 20xxxxxx berkenaan akaun saya yang katanya tertunggak. Pegawai lelaki yang menghubungi saya telah bercakap dengan biadap katanya “kalau Puan banyak duit kenapa tak nak bayar hutang?” Saya telah mematikan perbualan tersebut kerana marah dengan kata-kata pegawai tersebut. Tetapi beliau telah menghubungi saya semula  dengan menggunakan talian bernombor 03 217xxxx pula (Company besar byk sgtlah talian) tetapi saya tidak mengendahkan panggilannya. 

Pegawai tersebut bertindak menghantar SMS kepada saya menggunakan telefon bimbitnya bernombor  017 32xxxxx yang berbunyi begini : “Salam. X takut ke nanti dah mati x sempat nak selesaikan hutang. Puan x blaja pasal agama islam ke? Puan muslim kan? Saya cume mengingatkan sbagai saudara sesame islam. Suka ati la nk dengar ke xnak.” 

Saya membalas SM beliau bahawa saya akan membuat laporan polis kerana beliau cuba mengugut saya dengan SMS itu, dan beliau membalas SMS saya seperti ini : “Ugut? Reminder & threat is 2 different things. If u wish to make a report be my guest. But pls clear ur payment before u do so”.

SMS – SMS tersebut bagi saya sangat-sangatlah biadap dan menyalahi etika khidmat pelanggan mana-mana syarikat pun. Siapa beliau untuk mengeluarkan kenyataan tersebut kepada saya? Saya telah membuat aduan kepada pihak AEON CREDIT untuk mengambil tindakan segera atas kejadian ini sebelum saya meneruskan tindakan undang-undang.

Walaubagaimanapun atas nasihat keluarga saya akhirnya telah membuat laporan polis untuk mengambil tindakan mahkamah atas kebiadapan mereka ini...

Ko cari pasal silap orang lah....


20 February 2013

Nasi Dagang Penyabong



Cuti Tahun Baru Cina (9 Feb 2013 – 12 Feb 2013) aku tidak berkesempatan pulang ke kampung halaman walaupun perancangan awalnya begitu, ini kerana family di kampung hendak datang ke Melaka.  So pada hari jumaat (15.02.2013) Suami mengajak aku pulang ke kampung (Mersing) katanya dah lama tak balik kampung dan tekak teringin sangat nak makan nasi dagang. Walaupun kampungku di Mersing Johor, tapi keenakan nasi dagangnya setanding dengan nasi dagang Terengganu. Ini kerana ramai orang pantai timur khususnya orang Terengganu datang bermastautin di Mersing. Dan mereka inilah yang telah membuka perniagaan menjual nasi dagang yang sedap tu.


Walaupun begitu setiap kali pulang ke kampung, aku dan suami pastinya akan mengunjungi gerai nasi dagang kak mun yang terletak di Pantai Penyabong. Bagi aku nasi dagang dia paling sedap di dunia.. selain dari menjual nasi dagang, kak mun juga menjual pulut panggang (orang Terengganu panggil pulut lepa) dan kuih bakar yang amat lazat rasanya. Ini kerana cara penyediaannya masih lagi menggunakan kaedah tradisional dengan menggunakan sabut untuk membakar.






2 February 2013

Air tangan - Popia


Dah lama sangat plan nak buat homemade popia untuk jualan. Tapi kekangan masa yang tidak mengizinkan menyebabkan projek ini tertangguh. Hari ni alhamdulillah siap juga popia homemade ku atas permintaan tinggi pelanggan. Terima kasih pada yang sudi melanggan  Mini Popia Selera F-fa. Rasa sekali nak lagi dan lagi..















Meow Saya.. Cumi @ yek yek

Aktiviti hari minggu pagi2 lepas subuh.. mesti buka pintu untuk kucing aku keluar amik angin. Cumi (meow kesayanganku) akan mencakar2 pintu bilik kalau aku lambat bangun.. Bila pintu bilik dibuka dia sudah siap sedia menunggu aku dengan ciuman good morningnya. Sebaik saja pintu hadapan rumah dibuka, si cumi akan terlompat2 kesukaan. Tengoklah macam2 aktiviti dia kat luar tu.. mula2 panjat kereta ibu, pastu "shishi" kat taman.. pastu lompat lagi.. pastu guling2 atas meja.. macam2...