Percutian semalaman (2D1N) bersama keluarga pada 04.06.2013 di Klebang Beach Resort Melaka
memang tidak dirancang. Resort ini terletak di tepi Pantai Klebang Melaka memang sangat nyaman dan cantik lokasi serta pemandangannya. Tetapi
keadaan bilik sangat sempit dan cukup2 untuk dihuni oleh 2 orang
sahaja.. Oleh kerana percutian ini dalam bulan bajet dan atas desakan adik kesayangan yang hendak bermandi manda di swimming pool, maka resort ini adalah pilihan yang sesuai. Harga Super Peak Season untuk Superior Room ialah RM159 satu malam termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Gambar bilik tak dapat diambil sebab keadaan bilik yang sangat berselerak hahahaha.... Walau bagaimanapun, kami sekeluarga gembira berada di sini, dan hidangan sarapan di cafe resort agak memuaskan dengan menu sarapan yang agak banyak disediakan, ada nasi goreng, kuetiaw goreng, rendang ayam, mihun sup, bubur, omellet, baked bead, baked potato, chicken koktail, roti, bijirin, salad, aneka buah dan puding, fresh oren, kopi dan teh....
6 June 2013
2 June 2013
Aduan MBMB
Lori dan Jamban
Walaupun aku bukan rakyat Melaka, tapi sebagai penduduk yang bermastautin di Melaka, banyak juga pengalaman aku dengan Pihak Berkuasa Tempatan Melaka (MBMB) ni. Antaranya aduan tentang lori masuk taman perumahan pernah tersiar di utusan malaysia klik sini untuk bacaan. Aduan masalah jiran yang mengubahsuai jamban tanpa Pelan kelulusan sehingga menyebabkan rumah aku rosak juga melibatkan MBMB dan masih belum selesai hingga sekarang.
Walaupun aku bukan rakyat Melaka, tapi sebagai penduduk yang bermastautin di Melaka, banyak juga pengalaman aku dengan Pihak Berkuasa Tempatan Melaka (MBMB) ni. Antaranya aduan tentang lori masuk taman perumahan pernah tersiar di utusan malaysia klik sini untuk bacaan. Aduan masalah jiran yang mengubahsuai jamban tanpa Pelan kelulusan sehingga menyebabkan rumah aku rosak juga melibatkan MBMB dan masih belum selesai hingga sekarang.
Dari pengamatan aku, walaupun Melaka ni dah terkenal di mata dunia, negeri Maju dan negeri UNESCO bagai tapi tahap perkhidmatan PBTnya masih ditahap yang lemah... Bila ada aduan jarang nak siasat, lambat bertindak dan tak keterlaluan kalau aku katakan mereka ni macam pahat dengan tukul sekali ketuk, sekali berbunyi disamping karenah birokrasi yang melampau...
1 June 2013
Asam Pedas Jenahak ala Johor
Impian Zulaikha
Ketika membuka sebuah kotak lama yang dalam simpanan saya, saya terjumpa keratan akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 26 Mac 2006. Kisah yang dicoretkan di dalam Ruangan Luahan Rasa Bersama Putri itu berbunyi begini...
Kira-kira empat tahun nan lalu,
saya mengalami masalah berat badan yang sangat serius. Berat badan saya pada
masa itu telah mencecah 98kg. ketika itu, saya berasa sungguh tertekan dan
rendah diri yang amat sangat. Saya dibeza-bezakan dan sering dijadikan bahan
senda gurau serta ejekan orang.
Bukan itu sahaja
penderitaan yang saya alami. Paling perit apabila saya sering kali gagal dalam
mendapatkan pekerjaan. Malah, saya pernah dihina ketika temu duga gara-gara
fizikal saya yang gemuk. Buat pengetahuan Putri, saya mempunyai kelulusan
akademik dari sebuah university luar Negara. Mempunyai kelayakan professional
dalam bidang perakaunan, berkemahiran dalam pengurusan pejabat, amat fasih
berbahasa inggeris dan mampu menguasai mandarin dengan baik. Kelulusan saya itu
sepatutnya melayakkan saya memegang jawatan professional dalam syarikat. Tetapi
oleh kerana sukar mendapatkan pekerjaan disebabkan oleh majikan yang pendek
akal dan memilih bulu-hanya memandang kesempurnaan fizikal, saya hanya mampu
bertugas disebuah agensi pelancongan sebagai kerani biasa dengan gaji hanya
RM600 sebulan!. Gaji yang jauh sepuluh kali ganda berbeza jika dibandingkan
dengan kelayakan akademik yang saya ada. Semuanya gara-gara saya berbadan
besar.
Tiada seorang lelaki pun yang ingin memandang saya walau hanya sebelah
mata. Kawan-kawan meminggirkan saya kerana malu untuk berkawan dengan orang
selekeh seperti saya. Saya hidup seorang diri, saya kerap menangis mengenangkan
nasib diri. Saya malu berdepan dengan masyarakat dan keyakinan diri saya hilang
sama sekali. Saya telah mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan berat badan
tetapi semangat saya sering putus separuh jalan. Berbagai-bagai jenis ubat
melangsingkan badan juga telah saya cuba namun hasilnya hanya sementara. Malah
kesan sampingan yang saya terima amat buruk sehinggakan saya terlantar di
hospital.
Oleh itu, saya suka
mengingatkan di sini agar mana-mana pembaca yang berhasrat menguruskan badan
agar mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum mencuba apa-apa produk
yang terdapat di dalam pasaran. Untuk kebaikan anda juga supaya tidak
mendatangkan kemudaratan lain. Saya bercakap berdasarkan pengalaman.
Satu ketika, saya
terpanggil untuk mencuba diet saya sendiri tanpa bantuan sebarang ubat
pelangsing. Saya bertekad untuk menguruskan badan kerana saya tidak mahu terus
hidup dalam satu keadaan yang serba tidak berguna. Saya sayangkan diri saya.
Diet saya bermula dengan mengawal pemakanan, saya makan dua keeping roti, minum
bergelas-gelas air putih, saya hanya makan sayur-sayuran dan ikan yang direbus
dengan dua sudu nasi setiap hari.
Saya akan berhenti
mengambil makanan selepas pukul 5 petang. Setiap pagi selepas solat subuh, saya
akan berjogging, selama satu jam. Balik dari kerja, saya bersenam aerobic di
rumah selama sejam lagi. Dua kali seminggu saya akan ke gim bagi tempoh dua
jam. Setelah setahun berlalu, saya beroleh hasilnya. Berat badan saya kini 50kg
sahaja.
Kalau dulu orang yang
sebaya dengan emak saya memanggil saya kakak kerana saya jauh lebih tua dari
usia saya tetapi kini orang tidak percaya jika saya katakana saya sudah berumur
30 tahun. Selain menjaga badan, saya juga merawat diri dan wajah dengan ke
salun kecantikan. Hendak dijadikan cerita Putri, ketika inilah lelaki-lelaki
yang selama ini tidak perasan dengan kewujudan saya, telah mula membuka mata
mereka seluas-luasnya.
Saya akhirnya mendapat
kerjaya yang setaraf dengan kelayakan saya. Betullah kata orang, jika kita
cantik keyakinan kita akan tinggi, setinggi menara KLCC. Dengan kerjaya yang
saya miliki, berkereta besar, saya sering menjadi buruan lelaki. Tidak
keterlaluan saya katakan, kini saya adalah kegilaan ramai lelaki. Tetapi maaflah, hati saya
belum terbuka untuk sesiapa kerana saya tahu mereka cuma cintakan paras rupa
saya sahaja, tidak lebih dari itu. Jika saya kembali seperti dahulu semula,
potong jari, tidak mungkin mereka akan menerima saya.
31 May 2013
Udang Galah Lemak Cili Padi & Nenas
Ini satu lagi khazanah sungai yang dibawa balik dari Mersing.., Udang Galah... Dalam perjalanan balik ke Melaka minggu lepas aku dan suami singgah di Kahang untuk membeli udang galah ini. Harga sekilo udang galah gred A ni RM60.00... Lihatlah betapa lazatnya udang galah ini setelah dimasak lemak cili padi bersama Nenas... Pehhh Mak Mertua lalu sure tak nampak punyalahhhh... Terbaekkk
30 May 2013
Asam Pedas Telur Ikan Mayong
Korang pernah tak makan ikan mayong? atau nama lainnya ikan duri, ikan jahan atau ikan belukang??.. kalau sebut ikan belukang macam tak best jer bunyinya, tapi nama yang paling femesnya ikan mayong atau ikan duri lah... Yang aku tahu kalau ikan tu jenis besar orang panggil ikan mayong, tapi kalau ikan tu jenis kecik orang panggil ikan duri, tapi apa pun gelaran dan namanya merujuk kepada ikan yang sama. Ikan mayong ni bukan saja sedap pada isinya tapi telurnya adalah bahagian yang paling lazat dan menjadi rebutan penggemarnya... Oklah hari ni aku nak berkongsi resepi Asam Pedas Telur Ikan Mayong... Selamat mencuba
Resepi Asam Pedas Telur Ikan Mayong (Duri)
Cili Kering, bawang merah, bawang putih, sedikit kunyit hidup, secubit belacan
segenggam asam jawa (perah ambil airnya), lengkuas dan daun kesum
Kesemua bahan tadi kecuali lengkuas dikisar halus, manakala lengkuas diketuk,
tumiskan semua bahan2 tersebut sehingga naik bau,
masukkan air tunggu hingga kuah mengelegak,
masukkan telur ikan dan daun kesum..
28 May 2013
Bingkisan Doa untuk Abah
Subscribe to:
Posts (Atom)