14 September 2015

Milo VS Coklat


Anda suka milo atau coklat tak?... Saya penggemar kopi sebenarnya, tapi bolehlah layan milo dan coklat ni... so ari ni saya nk kongsi menu (bukan kongsi resepi ye) dari MILO dan COKLAT. Oleh kerana negara kita diancam jerebu sekarang ni, eloklah makan yang sejuk2 untuk anak tekak... Puding Coklat ni saya buat semalam, sejuk je lalu kat anak tekak... Kek Milo ni plak dah lama saya buat tapi baru nk diblogkan, maklumlah dulu2 busy sgt takde masa nk memblog pun.... Maaf saya boleh belanja gambar je.. Enjoy dua menu dari saya. Opps nak bagitau naper ada tag " Selera F-fa" kat gambar2 tu? Sebabnya Selera F-fa tu adalah page masak2 saya kat FB...


KEK MILO




PUDING COKLAT


10 September 2015

ISTIDRAJ...

Aku Tak Solat....Tetapi Aku Berjaya...
(Muhasabah Diri, baca sampai habis smile emoticon )
Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.
Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?
Maka saya hendak bertanya kepada anda.
Adakah anda tahu apa itu istidraj?
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
Nah… Apakah itu yang kita mahu?
Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?
Saya yakin tidak..
Anda tenang sekarang?
Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.
Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.
Wallahualam

22 September 2014

Yahoo aku dah pandai buat kuih!!!

Best... Best sejak join group masak kat FB ni macam-macam resepi dah aku cuba. Sebelum ni aku cuma suka masak lauk pauk je dan kurang mahir membuat kuih. Tapi sekarang alhamdulillah dah boleh buat untuk makan2 sendiri... Rasa boleh tahanlah kalau nak banding dgn kuih yang jual kat kedai tu lebih sedap ler kuih yang aku buat sendiri ni... soriii isi bakul angkat sendiri naik lori... hahaha... 

Berikut adalah kuih2 yang aku dah cuba buat 2,3 kali sebab resepi nyer yang sangat ringkas dan tak perlu aku pening-pening kepala cari kat kedai... bahan-bahan pun murah je dan senang didapati...

Apam Gula Hangus

Apam Nasi

Apam Pisang



3 September 2014

Cerita duit syiling (renungan kita bersama)


Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. 

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas. Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. 

Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan. Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ), rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi, acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur. 

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

2 September 2014

Roti Manis Ku

Berkat join group masak dan resepi di Facebook ni membuahkan hasil yang sangat manfaat. Macam-macam resepi enak yang boleh dicuba. Dulu rasanya mustahil sangat nak buat roti rasa macam susah sangat je. Tapi bila melihat kepada resepinyer yang sangat ringkas terus hati berbunga-bunga untuk mencuba... Percubaan kali pertama alhamdulillah menjadi...

Resepi:
2 sudu planta
4 sudu gula
2 sudu susu pekat
1 peket mauripan
tepung gandum sehingga adunan menjadi doh 
dan tidak melekat di tangan






27 August 2014

Sesungguhnya Rezeki Itu Datangnya Dari Allah

Sebagai seorang muslim, kita perlu percaya dan yakin bahawa setiap rezeki yang datang itu datang hanya daripada Allah SWT. Janganlah sesekali kita berasa rugi dalam bersedekah kerana Allah SWT sentiasa akan memperbanyakkan lagi rezeki kita. Saya nak berkongsi tentang sebuah kisah seorang budak kecil yang begitu yakin bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah. Bagaimana keyakinan tersebut datang?

Sepasang suami isteri selalu mendidik anak mereka bahawa yang memberi rezeki ialah Allah. Sebelum makan, mereka akan menyuruh anaknya solat 2 rakaat memohon kepada Allah agar diberikan rezeki. Setiap petang apabila pulang dari sekolah, ibunya akan menyuruh anaknya bersolat 2 rakaat dulu seperti biasa. Inilah kebiasaan yang anak itu akan lakukan selama beberapa tahun.

Suatu ketika, pada hari pertama, anak pulang dari sekolah dan bersolat 2 rakaat. Selepas solat, dia membuka tudung saji dan nampak makanan yang telah disediakan ibunya lalu terus makan.

Pada hari kedua, selesai solat, anak itu membuka tudung saji tapi tiada makanan. Lalu dia pergi ke periuk, di situ ada makanan yang telah disediakan ibunya lalu dia pun terus makan.

Pada hari ketiga, selepas selesai solat, anak itu tidak menjumpai makanan bawah tudung saji dan dalam periuk. Tapi ibunya telah tinggalkan di dalam kabinet dapur. Lalu dia pun terus makan.

Begitulah yang berlaku selama beberapa tahun. Tapi Allah nak tarbiah anak ini. Pada hari berikutnya, si ibu bergegas menghadiri pengkebumian saudaranya dan terlupa untuk memasak makanan anaknya.

Selepas saudaranya itu dikebumikan, si ibu bergegas pulang dan di dapati anaknya sedang menunggu di depan pintu sambil tersenyum. Lalu anaknya pun berkata, “Sedap betul lauk ibu masak, tak pernah rasa masakan ibu yang paling sedap macam hari ni.”

Ibunya terdiam lalu bertanya apa telah terjadi.

Si anak menjawab, “Saya pulang dari sekolah, lepas solat saya turun makan check tudung saji takda makanan. Check kat periuk pun takda. Check kat kabinet dapur pun takda. Saya rasa solat saya tadi banyak cacat cela lalu saya bersolat sekali lagi. Selepas tu saya check masih takda makanan kat semua tempat tadi. Mungkin solat saya masih Allah belum terima sebab sebelum ni takda problem pun. Saya pun solat lagi sekali untuk kali ketiga, perbaiki supaya lebih khusyuk dan mohon kepada Allah. Apabila saya turun, makanan telah terhidang di atas meja dan lauk dia yang paling best pernah saya rasa.”

Ibunya masih dapat mencium bau lauk yang wangi itu yang masih melekat dari mulut anaknya.

Orang alim bagitau, makanan tersebut Allah hantar cash dari syurga. Ibunya dikisahkan pergi juga ke dapur tapi tiada apa-apa yang dilihat. Ganjaran tersebut hanya untuk si anak.

Apabila keyakinan kepada Allah 100%, maka di situlah bantuan Allah sampai melalui perantaraan solat seperti yang berlaku pada zaman Nabi s.a.w dan para sahabat r.a dulu.

Firman Allah, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Surah
Taha 20:132)..

11 August 2014

Raya 2014 dan reunion kawan2 sekolah rendah

Group Wassup yang aku create untuk kawan-kawan sekolah rendah ketika bersekolah di Sek. Kebangsaan Lembaga Endau tahun 1982 hingga 1987 telah berjaya menyambung kembali silaturahim yang telah terputus hampir 30 tahun. Alhamdulillah, Raya 2014 menggamit seribu kenangan apabila kami dipertemukan kembali bersama keluarga masing-masing. Harap-harap agar ukhuwah yang terjalin ini berkekalan hingga ke akhir hayat....