Trip ni dicepatkan seminggu lebih awal
dari tarikh perancangan atas sebab-sebab tertentu. Excitednyer Tuhan jer yang
tahu.. persiapan mengemas baju dan lain-lain barang telah bermula seminggu
lebih awal. Kami bergerak pada 18 januari 2013 (Jumaat) pada pukul 5.30 petang
menuju ke kuantan… perjalanan ke kuantan dari Melaka melalui tampin-kuala
pilah–muadzam shah. Hujan mengiringi perjalanan kami hingga ke kuantan. Kami sampai
di rumah abang rie (sepupu mak) di Taman Kampung Padang Kuantan pada pukul 11.30
malam.
Pagi
esok selepas bersarapan bihun goreng dan air Nescafe di rumah abang rie,
perjalanan ke kuala Terengganu diteruskan pada pukul 8.30 pagi… Hujan masih
turun sepanjang perjalanan kami. Sampai di Dungun cuaca agak baik. Kami singgah
di sebuah restoran di Dungun untuk mengisi perut kira-kira pukul 11 pagi… Perjalanan
diteruskan pada pukul 11.30 pagi menuju ke Kuala Terengganu… Di sepanjang
jalan Marang terdapat banyak gerai2 di sebelah kiri dan kanan jalan yang
menjual air nira, jagung bakar dan kacang rebus. Kami berhenti sekejap di
pantai chendering untuk membasahkan tekak… Deruan ombak dan angin laut sangat
kencang amat berbahaya untuk mandi manda…
Kira-kira pukul 1.30 petang kami tiba di penginapan kami di Batu Burok Beach
Resort Kuala Terengganu. Bilik penginapan kami bersih tapi agak kecil dan sempit
di samping bau perabut kayu lama begitu kuat menusuk2 hidung sebaik saja kami
melangkah masuk ke dalam bilik. Selepas merehatkan diri sebentar kami keluar ke kedai pasar payang.. 6 pasang batik
sutera dan 4 pasang kaften kelawar dibeli..
Balik dari pasar payang kami singgah di Pantai Batu Burok. Minum petang kami seekor sotong celup tepung dan 3 ekor udang kecik yang dicucuk pd lidi.. semuanya berharga rm18.50… mak aii mahalnyer.. kata, negeri yang kaya dengan tangkapan laut kenapa makanan laut di sini mahal sangat?.. sotong dikira mengikut harga pasaran RM22 sekilo… kat Pasar borong baru RM13 SEKILO JER…. Mahal sangat-sangat…Kami makan malam kira-kira pukul 7 malam di restoran ala thai di depan resort kami.. dan pada malamnyer aku call room servis untuk menghantar sepinggan nasi goreng minang dan chicken chop ke bilik pula.
Seawal
8 pagi kami bangun untuk bersarapan di gerai hadapan resort. Nasib aku baik
kerana ada sebuah gerai yang menjual nasi dagang kegemaran ku…
Bandar Dungun
Lunch di Dungun, daging goreng kunyit, ikan patin tempoyak, pucuk paku goreng hanya RM 15.00
Si moew di restoran tempat kami singgah makan tengahari... sempat landing atas kete aku yer...
Menikmati jagung bakar dalam perjalanan
Inilah resort penginapan kami Batu Burok Beach Resort
Inilah sotong celup tepung yang mahal giler tu...
Sarapan hari pertama Nasi Dagang di gerai depan Resort
Singgah makan nasi dagang di chendering dalam perjalanan balik
No comments:
Post a Comment