22 January 2013

Uitm Dungun Di Hatiku

Percutian 3 hari 2 Malam (19 - 21 Januari 2013) di Kuala Terengganu membawa aku singgah sebentar di bandar Dungun tempat terletaknya Uitm Kampus Dungun Terengganu... Sebaik saja sampai di Dungun perasaan hatiku bercampur baur, gembira, excited dan sedikit sebak... maklumlah setelah 17 tahun meninggalkan tempat ini. Selama 3 tahun menimba ilmu di sini, banyak sangat kenangan pahit manis, suka duka yang aku timba di sini. Terima kasih ayah dan ibu yang memberi pelajaran berguna kepada anakmu ini sehingga aku menjadi seperti apa yang aku jadi sekarang ini...

Pekan Dungun.. banyak yang dah berubah

Aku mencari-cari Pasaraya Salwa Dungun tapi tidak berjumpa

Sepanjang Pantai menuju ke Kampus Sura Hujung Uitm Dungun

Angin meniup sangat kuat di persisisran pantai Sura Hujung


Di hadapan Pos masuk utama ke Lampus Uitm

Sebakk... bila aku berdiri di depan pintu masuk ni... Uitm di hatiku



Trip Ke Kuala Terengganu


Trip ni dicepatkan seminggu lebih awal dari tarikh perancangan atas sebab-sebab tertentu. Excitednyer Tuhan jer yang tahu.. persiapan mengemas baju dan lain-lain barang telah bermula seminggu lebih awal. Kami bergerak pada 18 januari 2013 (Jumaat) pada pukul 5.30 petang menuju ke kuantan… perjalanan ke kuantan dari Melaka melalui tampin-kuala pilah–muadzam shah. Hujan mengiringi perjalanan kami hingga ke kuantan. Kami sampai di rumah abang rie (sepupu mak) di Taman Kampung Padang Kuantan pada pukul 11.30 malam.

Pagi esok selepas bersarapan bihun goreng dan air Nescafe di rumah abang rie, perjalanan ke kuala Terengganu diteruskan pada pukul 8.30 pagi… Hujan masih turun sepanjang perjalanan kami. Sampai di Dungun cuaca agak baik. Kami singgah di sebuah restoran di Dungun untuk mengisi perut kira-kira pukul 11 pagi… Perjalanan diteruskan pada pukul 11.30 pagi menuju ke Kuala Terengganu… Di sepanjang jalan Marang terdapat banyak gerai2 di sebelah kiri dan kanan jalan yang menjual air nira, jagung bakar dan kacang rebus. Kami berhenti sekejap di pantai chendering untuk membasahkan tekak… Deruan ombak dan angin laut sangat kencang amat berbahaya untuk mandi manda…

Kira-kira pukul 1.30 petang kami tiba di penginapan kami di Batu Burok Beach Resort Kuala Terengganu. Bilik penginapan kami bersih tapi agak kecil dan sempit di samping bau perabut kayu lama begitu kuat menusuk2 hidung sebaik saja kami melangkah masuk ke dalam bilik. Selepas merehatkan diri sebentar kami  keluar ke kedai pasar payang.. 6 pasang batik sutera dan 4 pasang kaften kelawar dibeli..

Balik dari pasar payang kami singgah di Pantai Batu Burok. Minum petang kami seekor sotong celup tepung dan 3 ekor  udang kecik yang dicucuk pd lidi.. semuanya berharga rm18.50… mak aii mahalnyer.. kata, negeri yang kaya dengan tangkapan laut kenapa makanan laut di sini mahal sangat?.. sotong dikira mengikut harga pasaran RM22 sekilo… kat Pasar borong baru RM13 SEKILO JER…. Mahal sangat-sangat…Kami makan malam kira-kira pukul 7 malam di restoran ala thai di depan resort kami.. dan pada malamnyer aku call room servis untuk menghantar sepinggan nasi goreng minang dan chicken chop ke bilik pula.

Seawal 8 pagi kami bangun untuk bersarapan di gerai hadapan resort. Nasib aku baik kerana ada sebuah gerai yang menjual nasi dagang kegemaran ku…  

Bandar Dungun

Lunch di Dungun, daging goreng kunyit, ikan patin tempoyak, pucuk paku goreng hanya RM 15.00


   
        Si moew di restoran tempat kami singgah makan tengahari... sempat  landing atas kete aku yer...       

Menikmati jagung bakar dalam perjalanan

Inilah resort penginapan kami Batu Burok Beach Resort

Inilah sotong celup tepung yang mahal giler tu...

Sarapan hari pertama Nasi Dagang di gerai depan Resort

Singgah makan nasi dagang di chendering dalam perjalanan balik

Batik Sutera yang dibeli di pasar payang

                   

10 January 2013

Doa Orang Yang Dizalimi





Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya yang zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh).





9 January 2013

Janji Allah Sayang


Hari ini aku tidak malu untuk menjadi sentimental dan emosi, inilah sebenarnya dunia aku, aku suka menulis, merenung kehidupan, membentangkan cerita tentang falsafah hubungan sesama manusia, tentang cinta, kasih sayang, naluri dan perasaan, impian dan cita-cita dan juga tentang kemanusiaan. 

Aku pernah lalui kehidupan yang sukar, kesukaran yang menuntut aku terus berjuang untuk meneruskan kehidupan. Aku mahu lupakan kesedihan yang pernah aku lalui, mulakan hidup bersama orang-orang yang dapat menghilangkan kepura-puraan dalam keriangan gelak tawa aku. Namun aku sedar mencari kebahagiaan bukan semudah yang diimpikan.

Dalam hidup ini aku mampu melakonkan pelbagai watak. aku mampu menjentik orang ketawa seterusnya meyakinkan mereka betapa ceria dan indahnya hidup ini. Di pentas yang lain pula jalan cerita aku berbeza, cukup menyentuh perasaan dan menuntut airmata. Namun aku tak pernah kesal dengan apa yang berlaku. Aku redha diuji, kerana ujian inilah aku jadi insan istimewa. Hidup aku adalah milik aku, kebahagiaan aku adalah dengan cara aku tanpa menyusahkan sesiapa.