31 August 2013

Cerita Cumi di Vet

Cumi kurang sihat beberapa hari ni, dia bermasalah nak buang air kecil... salah aku jugak sebab salah bagi makanan kat dia... Bila Cumi sakit akulah orang yang paling risau, semua kerja jadi tak kena sebab runsing memikirkan keadaan dia.. Ya Allah jauhkanlah kucing kesayangan aku ni dari perkara2 yang tidak baik.. sembuhkan dia Ya Allah.. hanya itulah doa yang meniti di hujung bibir ku setiap masa..

Selepas membuat appointment bersama Vet aku segera membawanya ke Klinik. Alhamdulillah, keadaan Cumi tidaklah trauma dan tidak perlu pembedahan. Doktor cuma bagi ubat dan menukar Diet Cumi.. Get Well Soon.. Mummy sayang Cumi sangat2...


Medical Report Cumi



Tukar Diet pulak yer Cumi.. ni makanan Cumi yang terbaik - Kata Doktorlah...



Ni ubat Cumi 5 biji sekali makan untuk 2 kali sehari...



Bil Rawatan Cumi - RM200+++ walaupun tak warded and surgery... Boleh tahannnnlah..



Ini bukan Cumi, tapi ini Max, baby dog yang Cumi jumpa kat vet semalam.. Max ni sangat cute, manja dan friendly... Cumi suka dapat jumpa Max...



15 August 2013

Yong Taufu Pulau Gadong

Selepas balik bershoping emas di Kampung Jawa, kami sekeluarga menuju pula ke Pulau Gadong untuk makan Yong Taufu. Ini adalah menu pevret keluargaku setiap kali mereka berkunjung ke Melaka. Yang seronoknya hari itu dapat bawa mama jalan2 dan makan2 yong taufu sama2.. happy bila tengok mama happy walaupun dia nampak penat sedikit.. Sampai kedai yong taufu dalam pukul 6.00 petang, masih banyak lagi tempat kosong, tapi kalau datang lewat sikit terpaksa menunggulah untuk mendapatkan tempat duduk..




17 July 2013

Menu Sotong Iftar

Hari ini Ramadhan yang ke 8 dalam tahun 1434H. Alhamdulillah syukur masih diberikan kesempatan untuk menghimpun nikmat dan keberkatanMu ya Allah di bulan yang penuh barakah ini. Seperti tahun-tahun sudah aku bukanlah orang yang suka mengunjungi Bazaar Ramadhan atau berbuka puasa di luar, bagiku itu semua hanyalah godaan hawa nafsu berpuasa semata, tiba saat dan ketika berbuka nanti, semua yang dibeli atau yang dipesan pastinya tidak akan habis dimakan dan akhirnya jadilah kita orang-orang yang membazir dan mengikut hawa nafsu semata-mata. Untuk hari ni saya memilih sotong yang dah lama jugaklah berada di dalam peti ais tu sebagai menu berbuka puasa.. Taraaa inilah sotong kicap dan sotong sambal. Dua menu sotong sekaligus untuk menu berbuka hari ini.. Selamat berbuka...




6 July 2013

Makaroni Bakar

Teringin rasanyer nak makan makaroni bakar.. dah lama nak try resepi ni, tapi selalu tak berkesempatan. Semalam setelah beberapa kali google resepi ni di internet akhirnya siang tadi ku teruskan juga projek yang sudah lama tertangguh ni... Simple jer nak buat makaroni bakar ni.. Dan hasilnyer pun not bad lah walaupun this is my first try... taraaa...







30 June 2013

Seafood Segar - Khazanah Mersing

Semalam balik kampung naik bas dari Melaka. Bila sampai Kampung (Mersing) macam-macam nak makan tambah lagi bila tengok udang dan sotong yang segar ini... Kat Mersing ni macam-macam ada... semuanya sedap dan segar2 belaka.. Tengok gambar sotong dan udang ni dah tahu betapa segarrnya makanan laut di sini kan?...tambah lagi dengan makanan-makanan lain yang sedap dan jarang dijumpai di tempat lain seperti sata, kuih akok dan laksa lemak... fuyoo memang bestlah Mersing ni macam-macam ada.. (Promote Kampung sendiri nampakkkk??)






16 June 2013

Rendang Berbuah

Pokoknya Kecik jer.. tapi buahnya alhamdulillah lebat... Pokok Mangga Melaka Delight ini yang ditanam di hadapan rumah ku ini dibeli dari Jabatan Pertanian, dah banyak kali berbuah.. rasanya memang sangat manis....





6 June 2013

Klebang Beach Resort

Percutian semalaman (2D1N) bersama keluarga pada 04.06.2013 di Klebang Beach Resort Melaka memang tidak dirancang. Resort ini terletak di tepi Pantai Klebang Melaka memang sangat nyaman dan cantik lokasi serta pemandangannya. Tetapi keadaan bilik sangat sempit dan cukup2 untuk dihuni oleh 2 orang sahaja.. Oleh kerana percutian ini dalam bulan bajet dan atas desakan adik kesayangan yang hendak bermandi manda di swimming pool, maka resort ini adalah pilihan yang sesuai. Harga Super Peak Season untuk Superior Room ialah RM159 satu malam termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Gambar bilik tak dapat diambil sebab keadaan bilik yang sangat berselerak hahahaha.... Walau bagaimanapun, kami sekeluarga gembira berada di sini, dan hidangan sarapan di cafe resort agak memuaskan dengan menu sarapan yang agak banyak disediakan, ada nasi goreng, kuetiaw goreng, rendang ayam, mihun sup, bubur, omellet, baked bead, baked potato, chicken koktail, roti, bijirin, salad, aneka buah dan puding, fresh oren, kopi dan teh....