4 January 2014

Tok dan Zaman Dulu ku

Masa aku kecik2 dulu, Atok/Tok (panggilan orang johor bagi nenek perempuan) yang besarkan aku, sebelum pergi menoreh getah, beliau akan terlebih dahulu membuat kuih untuk jualan. Seingat akulah, kuih yang biasa dijual oleh Tok ku ialah kuih keria, cucur udang, cucur badak dan karipap. Entri aku di awal tahun 2014 ni bukanlah untuk menceritakan susah dan jerihnya kehidupan aku ketika kecil tanpa ayah dan ibu di sisi, tetapi aku ingin mengimbau kembali saat2 aku membesar dengan didikan dan asuhan Tok di kampung. Walaupun Tok ku tidak berpelajaran, tidak tahu membaca dan menulis, tetapi alhamdulillah, aku dididik menjadi orang yang berpelajaran duniawi dan akhirat dan khatam al quran ketika umur 11 tahun.

Waktu pagi sebelum ke sekolah, Tok akan menyediakan sarapan, nasi goreng yang Tok masak menggunakan dapur arang atau kadang2 dapur kayu (bila stok arang telah habis) amat lazat rasanya. Keenakkannya terasa di hujung lidah sehingga kini. Resepi yang sangat ringkas, cili kering, ditumbuk bersama bawang merah, bawang putih dan ikan bilis, ditumis dan digoreng menjadi nasi goreng yang sangat lazat di dunia. 

Di sekolah Tok hanya membekalkan aku 20 sen sehari sebagai belanja. Alhamdulillah aku kenyang dengan 20 sen itu kerana dengannya aku boleh menikmati nasi lemak dan air di kantin sekolah pada waktu rehat. Usai waktu persekolahan kira-kira pukul 1.00 tengahari, Tok yang baru pulang dari kebun menoreh getah bergegas untuk memasak makan tengahari kami. Menu asam pedas rebus ikan duri menggunakan cili besar merah ditumbuk bersama kunyit, bawang merah dan bawang putih, di ketuk sedikit lengkuas, direbus begitu sahaja bersama air asam jawa dan daun kesum cukup membuka selera. Oh Tok sesungguhnya aku sangat rindu pada air tanganmu...

Tahun ini Tok masih bersama- sama kami, aku sentiasa doakan dia sihat, beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Terima kasih Tok kerana menjaga aku sehingga aku menjadi seperti apa aku sekarang. Semuanya kerana jasa dan pengorbanan mu. Budi mu terlalu luhur dan tak mungkin dapat ku balas... 

11 December 2013

Jiwa yang sakit

Tiga faktor utama menjadi pencetus jiwa yang sakit :-

Pertama :- Genetik

Kedua:- Asuhan dan didikan keluarga

Ketiga:- Pengaruh persekitaran seperti ekonomi yang tidak stabil

Ciri-ciri orang yang sakit jiwanya adalah orang yang sentiasa diselubungi dengan kegelisahan, rasa khuatir, mudah marah pada hal-hal yang remeh, menyerang orang lain dengan kemarahannya, suka bermusuh, hidup penuh kebencian, sukar memaafkan orang lain, tidak mahu menghadapi kenyataan hidup, tidak realistik, sering lari dari kenyataan dengan menyalahkan orang lain walaupun sebenarnya punca kesalahan adalah dirinya sendiri, jiwa yang mudah murung, putus asa, mudah tersinggung dan terlalu tinggi keegoannya.

Orang yang sakit jiwanya biasanya mempunyai tubuh yang sihat, masih boleh bekerja dengan baik, boleh berkarya dengan baik namun jauh di sudut sanubarinya ada satu akar pahit yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar yang telah melukai batin dan menyakiti jiwanya.

Sebenarnya untuk menyembuhkan jiwa yang sakit ini ada caranya.. serahkanlah seluruh jiwa dan raga bersama-sama semua rasa gelisah dan resah itu kepada yang Maha Pencipta. Mengadulah pada Allah SWT kerana Dialah sebaik-baik tempat kita mengadu dan memohon pertolongan, sentiasa berbaik sangka antara manusia, saling memaafkan dan melupakan insyaallah jiwa akan jadi tenang.

* Hidup ini umpama kopi, walaupun pahit tetap dinikmati....

4 November 2013

Burger Bakar Abang Burn (Melaka)

Dah lama tekak ni nak makan Burger Bakar, bila digoogle ternyata Burger Bakar Abang Burn menjadi sebutan ramai, paling heppi bila aku google Burger Bakar Abang Burn dah buka cawangan (jajahannya) di Melaka. Apa lagi petang tadi usai solat Asar aku terus memandu ke Restoran Burger Bakar Abang Burn yang terletak di Medan Selera Dewan Hang Tuah, belakang Ocean betul2 berhadapan dengan Sungai Melaka. Oleh kerana perut tidak begitu lapar sangat (hahaha tak lapar sangat, kalau lapar sangat harus aku bungkus dengan kedai abang Burn sekali kot? hahaha) aku memesan satu Supremo Beef Burger yang ingredientnyer ditambah 2 slices cheese, onion ring dan mushroom (RM12.50), Meat Ball cheesy Wedgse (RM9.90) dan add on Sausage with cheesy sauce (RM1.50), sori tak sempat nk upload gambar sausage ni sebab kucing aku si Cumi dan Lily dah ngap dulu sebaik sampai di rumah.

Bagi aku rasanya ok2 je lah, cheesy dan mayo agak masin, rasa meatball agak kosong dan sedikit masin, tapi overall boleh lah.. apa2 pun kita kene sokong bumiputera.. Doa aku semoaga satu hari nanti Burger Bakar Abang Burn ni jadi Restoran fast food macam Mc Donald pulak ameen...











26 October 2013

Sup Gear Box

Sup Gear Box ni memang pevret saya sepanjang zaman.. Hari ni saya bermurah hati untuk berkongsi resepi sup gear box saya. Resepi saya ni sangat simple tetapi sedap tau.. Selamat mencuba..


Sup Gear Box

Rebus Tulang bersama 2 batang serai selama 2 jam
(saya merebus di dalam rice cooker)
Bawang merah dan bawang putih dimayang halus kemudian ditumis 
bersama rempah penumis sehingga kuning dan dimasukkan ke dalam sup tadi
last sekali masukkan sup bunjut tulang adabi
hidangkan bersama daun sup dan bawang goreng




8 October 2013

Kek Lumut & Belacan

Terpandang satu post di fb kawan tentang kek lumut dan melihat pada rupernya hati terpanggil untuk menikmati rasanya.. bila di google rata2 maklumat yang diperolehi berkenaan lazat dan enaknya kek ni... So apa lagi teruslah order dengan kawan lama tu sebiji kek lumut, harga sebiji RM60, berpadanan dgn bahan2 yg agak mewah yang digunakan untuk kek ni, di samping masa yang diperlukan untuk mengukus ialah selama 4 jam, kek belacan pula diberi oleh kawan tersebut, katanya kalau sedap bolehlah order.. pandai promosi gitu..


Kek Lumut






Kek Belacan

8 September 2013

Nasi Ayam Saya

Masak-masak hujung minggu tiba lagi.. hari ini candangnyer nak masak simple dan cepat tapi sedap... lama sudah rasanya tak masak Nasi Ayam so hari ni menu kita Nasi Ayam lah okey... Malas nak bebel panjang-panjang so, kat bawah ni hasil projek Nasi Ayam kita pada hari ini.



Proses memasak Nasi Ayam sedang bermula



Nasi yang sedang dimasak


Sup Ayam



Ayam diperap dengan kicap sebelum digoreng


Sambal Nasi Ayam


Salad, Timun dan Tomato




1 September 2013

Masak2 Hujung Minggu

Hujung minggu kebiasaannya memang aku di rumah, takder makna nyer aku nak keluar nanti banyak pula duit yang terbuang dengan pembelian yang tidak disangka2, maklumlah perempuan selera sentiasa ada.. Selalunya aku jarang bersarapan pagi, kerana waktu beginilah boleh bangun lewat sedikit dari hari biasa.. Hari ni masak tengahari menu simple jer, Ayam tempoyak masak bersama sawi jeruk cina, ikan cencaru goreng cicah kicap dan ulam petai. Usai makan tengahari bersama hubby, tekak terasa pulak nak makan, makaroni bakar, geledah-geledah kabinet dapur dan peti ais, semua bahana-bahan nak buat Makaroni Bakar ada kecuali Makaroni jer... So bergegas sekejap ke kedai runcit depan rumah untuk beli makaroni.. Bila semua bahan dah ada, projek membakar makaroni pun berjalan...

Dah selesai projek makaroni bakar, mood rajin terus menyala-nyala terasa ingin pulak makan puding buah nata de coco.. So projek diteruskan dengan puding pulak, kebetulan semua bahan-bahan memang tersedia ada.. Takpelah buat lebih sikit esok boleh bawa ke ofis untuk dijamu bersama rakan.. So lihatlah hasilnya... Taraaaa...

Ayam Tempoyak bersama Sawi Jeruk


Cencaru Goreng Cicah Kicap + Petai


Makaroni Bakar


Puding Buah Nata de Coco


Versi cute dalam acuan yang cute


Inilah hasilnyer