29 April 2018

PPA1M Bandar Akademi YPJ

Tarikh 23.05 aku terima emel memaklumkan permohonan rumah PPA1M telah diluluskan dan aku ditawarkan sebuah rumah teres 2 tingkat di bandar Akademi YPJ kota Tinggi berharga lebih kurang RM260k... Alhamdulillah doa aku di tanah suci telah terjawab. Lagi pun dah nak hampir pencen aku masih lagi tidak menggunakan pinjaman perumahan kerajaan atau nama sekarangnya Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA). So sudah tibalah masa dan ketikanya aku menggunakan kemudahan yang ada.

Pada 28.05 hari sabtu aku dan suami pergi ke lokasi berkenaan untuk melihat kawasan dan rumah contoh. Memang tiada sebarang sign board berkenaan projek perumahan tersebut. Kami juga telah mencuba mengesan di Google Maps tapi tidak berjaya. Setelah berpusing2 dan tersesat sehingga ke bandar Kulai dan bertanyakan ramai orang akhirnya kami menjumpai lokasi projek perumahan tersebut. Lokasinya betul2 berdekatan dengan Kolej YPJ Kulai...


















21 April 2018

Anniversary and Besday : The Straits Hotel & Suites Melaka

Tarikh 21 April adalah besday hubby dan anniversary kami. Sori x smpat prepare celebration utk hari bermakna ini sbb hubby baru je discaj hospital.. hmm x perlu kot kek besday bagai cukup ingatan dan doa agar kesayangan saya ini sentiasa sihat dan hubungan kita kekal terpelihara aman damai hingga ke syurga.... 

Walaubagaimanapun sempat jugak booking bilik di The Straits Hotel and Suites Melaka bagi meraikan hari bermakna kami. Cuma tak sempat untuk mendeco bilik buat surprise kat hubby sbb masa dah suntuk bila call organizer pun, dia cakap mmg la tak sempat. 

Anyway menginap satu malam di The Strait Hotel and Suites Melaka sangatlah berbaloi. Bilik yang besar dan cantik. Interior design yang sangat cozy. Will repeat again to stay here next time. hubby pun suka tempat ni sebab selalunya hubby memang cerewet kalau nak check in di mana2, ada je yang dia komplen. Tapi di sini dia betul2 suka dan ajak check in lagi di lain masa.

Hepi besday sayang and hepi anniversary. I love u...
























17 April 2018

Hatyai Thailand

Trip ke Hatyai Thailand pada 13 hingga 16 April memang happening. Cuma kalau datang ke sini kene bawak Translator yang pandai berbahasa siam. How good your English doesn't work here. Lebih baik cakap Melayu je dari berbahasa inggeris kerana kebanyakan mereka lebih memahami bahasa melayu. 

Kami bertolak menaiki bas dari Melaka kira2 pukul 10.30 malam dan sampai di Hatyai keesokan harinya pada pukul 10 pagi. 

Kat Hatyai ni apa yang bestnya ialah makanan dorang. Memang lah sedap amat dan sangat murah harganya. Kunjungan ke Floating Market Hatyai memang rambang mata sebab rata2 makanan tak ada di Malaysia. Makanan dia memang superb sampai tak boleh move on... Dah balik Malaysia pun terkenang2 tomyam hoit.     













13 April 2018

UMRAH APRIL 2018

1 APRIL 2018 HINGGA 12 APRIL 2018, 
BERSAMAAN 14 REJAB HINGGA 25 REJAB 1439H...  LABAIKALLAH...

Semoga Allah sudi terima kami sebagai tetamu Nya. Tetamu yang paling istimewa, tetamu yang paling-paling istimewa. Sesungguhnya hanya DIA yang berkuasa memberi keistimewaan kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Semoga Allah kurniakan kami yang terbaik, yang teristimewa dan yang terpilih di antara jutaan hamba-hamba Nya.

Terima kasih Allah kerana kesudianMu menerima kami hamba Mu yang pendosa dan hina ini. Banyak tempat kami pergi tapi RumahMu inilah tempat yang paling indah, paling mendamaikan. Hari-hari yang kami lalui di sini terlalu cepat sangat berlalu, tak puas dan perasaan rindu yang sarat tidak pernah berakhir walaupun kami telah pulang ke Tanah Air. Ya Allah jemput lagi kami ke sana Ya Allah....