5 November 2015

Cuti2 Bukit Tinggi Pahang - Colmar Tropicale

First time ikut family day trip ofis. Perjalanan bermula pada pukul 3.30 petang 30 Oktober 2015 dengan menaiki bas yang disewa jabatan.

Perjalanan sebenar cuma mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja tetapi kerana bertolak lewat sehingga terpaksa bersaing dengan orang baru pulang pejabat dan hujan renyai di sepanjang perjalanan menyebabkan masa yang agak lama diambil untuk samapi ke Destinasi. Perjalanan naik ke Bukit Tinggi tidaklah adventure sangat. Sampai  di Bukit Tinggi kira2 8.30 malam (kira-kira 5 jam perjalanan dari Melaka). Terus ke bilik selepas check in kerana badan keletihan sepanjang perjalanan mengharungi jam di KL.

Walaubagaimanapun keletihan namun terubat dengan udara segar dikelilingi taman-taman dan hutan di resort ini. Caj sebanyak RM13 seorang dikenakan untuk masuk ke resort ini. Ada tiga tempat menarik yang boleh dilawati secara percuma iaitu Japanese Village, Animal Park dan Botanical Garden.

















Pandangan di luar balkoni... Nyamannya melihat pokok hijau

Di Kaki bukit sebelum naik ke Japanesse Village

















Sesaja nak mencuba makanan di Bukit tinggi : Mihun tomyam + orange juice - RM29.50






4 November 2015

Port Dickson lagi - Avillion Admiral Cove

Pada tarikh 26  hingga 28 Oktober 2015 sekali lagi berkampung di Port Dickson. Kali ini bukan bercuti tetapi lebih tepat lagi bercuti sambil  mengikuti kursus anjuran jabatan. Seronok juga berkursus ni lebih2 lagi jika jabatan yang tidak berkira sangat menyediakan penginapan dan tempat berkursus yang menarik. 

Pagi Isnin 26 Oktober bertolak dari rumah ke Port Dickson .... Sampai di Port Dickson lebih kurang pukul 12.30 pagi terus mencari kedai makan untuk mengisi perut yang berkeroncong minta diisi kerana sejak pagi lagi belum menjamah makanan.

Selesai makan terus ke Admiral Avillion Cove tempat penginanpan dan kursus untuk Check in.... Cantiknya tempat ni betul-betul mengadap laut dan dapat melihat kapa-kapal besar berlabuh di persisiran pantai...


*** Tarikh 26 Oktober ini juga kembalinya bapa saudaraku Mohamad Bin Abdul Rahman. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Al Fatihah...

















12 October 2015

Mersing Kampungku Sayang

Pada hari Sabtu lepas 10 Oktober, kami bertolak pulang ke kampung halaman di Mersing Johor. Walau sekejap pun jadilah untuk menghilangkan kerinduan pada kampung halaman dan yang paling penting dapat berjumpa ibu bapa dan adik-adik tercinta.... Bertolak dari Melaka kira-kira 11 pagi... sampai di Tol Ayer Hitam kira-kira  12.15 tengahari. Kira-kira dah masuk waktu lunch, memandangkan kami tidak sempat bersarapan pagi, maka perut sudah mula berkeroncong. Suami mencadangkan kami singgah di sebuah kedai terletak di sebelah kiri Highway Ayer hitam - Kluang. Kedai ni memang terkenal dengan masakan ikan sungai segar dari Empangan Sembrong Kluang. Sesiapa penggemar ikan sungai bolehlah dapatkan ikan lampam, baung, Talapia dan macam-macam lagi di sini.Selepas menjamu selera, perjalanan diteruskan ke Mersing... 

Sambil bertemu keluarga tercinta apa yang menariknya di Mersing ni selain tempat yang cantik dan nyaman ialah makanannya yang sedap-sedap belaka dan jarang ditemui di tempat lain. bukan nak puji kampung sendiri, tapi hakikatnya memang begitu. Silalah berkunjumg ke Mersing untuk mempastikan kebenran kata-kata saya ini... hihihihi...

Kalau nak sarapan pagi, boleh cari nasi dagang yang sedap atau nasi goreng tido bersama sup daging di Air Papan. Minum petang boleh singgah di gerai Roti Arab Tenglu Laut. Makan malam pula banyak pilihan makanan panas dan sebagai bekalan boleh beli keropok lekor Mersing yang sangat sedap untuk dibawa pulang..



Menu tengahari kami, talapia goreng, asam pedas ikan baung, telu asin, telur dada dan ulam2


Kepala ikan baung asam pedas


Roti Arab Kg Tenglu Laut Mersing.. murah RM1 sahaja


Soto


Sarapan Pagi Nasi Goreng Tido Air Papan


Singgah beli keropok lekor sebelum bertolak balik Melaka





23 September 2015

Cheese Lover

Saya penggemar chesse... yesss kalau dapat cheese memang nak letak banyak2, tak tau lah apa sedapnya, sedangkan rasa cheese plain je pun.... Jom layan menu2 bercheese tahap tegar kat bawah ni, ada yang order dengan kawan kira homemade lah dan piza tu makan kat piza hut baru2 ni...

Homemade order dari kawan

Beef Lasagna

Meatball Carbonara

Piza hut

21 September 2015

Corus Paradise Port Dickson

Dah lama rasanya tak pegi pegi cuti2.. Last cuti  pada Januari 2014 kat kuantan. Pastu xde dah sebab  sibuk je sentiasa. Rasa hati mmg nak bercuti sgt ni. So terfikir nak cari destinasi yg dekat dan menarik sbb confirmnya  x boleh cuti lama2... Destinasi yg paling sesuai pastinya Port Dickson. Tapi masalahnya aku kalau nk bercuti mesti nak pergi tempat yang ada pantai dan chalet.. Port Dickson memang ada pantai tp nk cari chalet memanglah susah yg bnyak nya hotel dan apartment. Google punya google mmg tk jumpalah chalet kat PD, so setelah melihat beberapa blog, kami mengambil keputusan untuk menginap di paradise lagoon apartment. Tempahan dibuat melalui booking.com. harga untuk aparment satu bilik cuma RM100 je. Mana nak dapat harga macam tu kan?. So setelah booking dibuat berangkatlah kami pada 18 Sept untuk menginap satu malam di sana. Bertolak pukul 1.00 tengahari samapi PD dalam 2.30 petang, selepas check in terus ke bandar PD untuk lunch memandangkan perut dah berkeroncong sangat lah ni. Tekak rasa nak makan yang panas2 macam sajian thai, alhamdulillah kami berjumpa dengan deretan kedai masakan panas Thai berdekatan dengan hotel Boutique PD Waterfront. Harga wow saya katakan agak mahal lah sebab menu biasa yang kami pesan selalunya berharga dalam RM25.00 sahaja tapi di sini cecah RM40.00. Selesai lunch terus kembali ke hotel untuk berehat. Huhuhu takde idea nak menulis lagi so nikmatilah gambar-gambar di bawah bersama2 caption yang disediakan.


Bertolak dari Melaka pukul 1.00 tengahahri


Sampai Port Dickson 2.30 petang slps check in terus cari kedai untuk lunch... Lapar


Makan tengahari dengan selera thai di kedai makan dekat denga PD Waterfront... 


View dari Balkoni


Suasana dalam apartment satu bilik


Pantry, dapur memasak disediakan


Living hall


Swimming pool... x mandi pun


Makan malam selera thai lagi... boleh tahan mahal tapi pulut mangga di kedai ni sedap...


Bilik tidur, ada katil massage sekali


Pintu bilik tidur sliding ala japan







14 September 2015

Milo VS Coklat


Anda suka milo atau coklat tak?... Saya penggemar kopi sebenarnya, tapi bolehlah layan milo dan coklat ni... so ari ni saya nk kongsi menu (bukan kongsi resepi ye) dari MILO dan COKLAT. Oleh kerana negara kita diancam jerebu sekarang ni, eloklah makan yang sejuk2 untuk anak tekak... Puding Coklat ni saya buat semalam, sejuk je lalu kat anak tekak... Kek Milo ni plak dah lama saya buat tapi baru nk diblogkan, maklumlah dulu2 busy sgt takde masa nk memblog pun.... Maaf saya boleh belanja gambar je.. Enjoy dua menu dari saya. Opps nak bagitau naper ada tag " Selera F-fa" kat gambar2 tu? Sebabnya Selera F-fa tu adalah page masak2 saya kat FB...


KEK MILO




PUDING COKLAT


10 September 2015

ISTIDRAJ...

Aku Tak Solat....Tetapi Aku Berjaya...
(Muhasabah Diri, baca sampai habis smile emoticon )
Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.
Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?
Maka saya hendak bertanya kepada anda.
Adakah anda tahu apa itu istidraj?
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
Nah… Apakah itu yang kita mahu?
Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?
Saya yakin tidak..
Anda tenang sekarang?
Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.
Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.
Wallahualam