2 June 2013

Aduan MBMB

Lori dan Jamban

Walaupun aku bukan rakyat Melaka, tapi sebagai penduduk yang bermastautin di Melaka, banyak juga pengalaman aku dengan Pihak Berkuasa Tempatan Melaka (MBMB) ni. Antaranya aduan tentang lori masuk taman perumahan pernah tersiar di utusan malaysia klik sini untuk bacaan. Aduan masalah jiran yang mengubahsuai jamban tanpa Pelan kelulusan  sehingga menyebabkan rumah aku rosak juga melibatkan MBMB dan masih belum selesai hingga sekarang. 

Dari pengamatan aku, walaupun Melaka ni dah terkenal di mata dunia, negeri Maju dan negeri UNESCO bagai tapi tahap perkhidmatan PBTnya  masih ditahap yang lemah... Bila ada aduan jarang nak siasat, lambat bertindak dan tak keterlaluan kalau aku katakan mereka ni macam pahat dengan tukul sekali ketuk, sekali berbunyi disamping karenah birokrasi yang melampau...

Harap KM Melaka yang baru ni dapat revise semua aduan kepada MBMB yang masih belum selesai... dan harap sangat Datuk KM semak semula fail aduan saya yang dah terlalu lama disimpan tanpa peyelesaian dan kesudahan.




1 June 2013

Asam Pedas Jenahak ala Johor


Sebenarnya ikan jenahak ni ada 3 ketul yang terdiri daripada ekor, badan dan kepala... tapi malangnya aku dapati hanya kepala saja yang tinggal ketika aku kembali ke sinki dapur untuk membasuh ikan tersebut... huh  ni mesti keje salah sekor dari 4 ekor si manja ku... apa nak buat makan kepala ikan je lah sebab isi dah dingap... Aku redha sambil memasak kepala jenahak asam pedas kegemaranku... huk huk huk...



Impian Zulaikha


Ketika membuka sebuah kotak lama yang dalam simpanan saya, saya terjumpa keratan akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 26 Mac 2006.  Kisah yang dicoretkan di dalam Ruangan Luahan Rasa Bersama Putri itu berbunyi begini...

Kira-kira empat tahun nan lalu, saya mengalami masalah berat badan yang sangat serius. Berat badan saya pada masa itu telah mencecah 98kg. ketika itu, saya berasa sungguh tertekan dan rendah diri yang amat sangat. Saya dibeza-bezakan dan sering dijadikan bahan senda gurau serta ejekan orang.

Bukan itu sahaja penderitaan yang saya alami. Paling perit apabila saya sering kali gagal dalam mendapatkan pekerjaan. Malah, saya pernah dihina ketika temu duga gara-gara fizikal saya yang gemuk. Buat pengetahuan Putri, saya mempunyai kelulusan akademik dari sebuah university luar Negara. Mempunyai kelayakan professional dalam bidang perakaunan, berkemahiran dalam pengurusan pejabat, amat fasih berbahasa inggeris dan mampu menguasai mandarin dengan baik. Kelulusan saya itu sepatutnya melayakkan saya memegang jawatan professional dalam syarikat. Tetapi oleh kerana sukar mendapatkan pekerjaan disebabkan oleh majikan yang pendek akal dan memilih bulu-hanya memandang kesempurnaan fizikal, saya hanya mampu bertugas disebuah agensi pelancongan sebagai kerani biasa dengan gaji hanya RM600 sebulan!. Gaji yang jauh sepuluh kali ganda berbeza jika dibandingkan dengan kelayakan akademik yang saya ada. Semuanya gara-gara saya berbadan besar. 

Tiada seorang lelaki pun yang ingin memandang saya walau hanya sebelah mata. Kawan-kawan meminggirkan saya kerana malu untuk berkawan dengan orang selekeh seperti saya. Saya hidup seorang diri, saya kerap menangis mengenangkan nasib diri. Saya malu berdepan dengan masyarakat dan keyakinan diri saya hilang sama sekali. Saya telah mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan berat badan tetapi semangat saya sering putus separuh jalan. Berbagai-bagai jenis ubat melangsingkan badan juga telah saya cuba namun hasilnya hanya sementara. Malah kesan sampingan yang saya terima amat buruk sehinggakan saya terlantar di hospital.

Oleh itu, saya suka mengingatkan di sini agar mana-mana pembaca yang berhasrat menguruskan badan agar mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum mencuba apa-apa produk yang terdapat di dalam pasaran. Untuk kebaikan anda juga supaya tidak mendatangkan kemudaratan lain. Saya bercakap berdasarkan pengalaman.

Satu ketika, saya terpanggil untuk mencuba diet saya sendiri tanpa bantuan sebarang ubat pelangsing. Saya bertekad untuk menguruskan badan kerana saya tidak mahu terus hidup dalam satu keadaan yang serba tidak berguna. Saya sayangkan diri saya. Diet saya bermula dengan mengawal pemakanan, saya makan dua keeping roti, minum bergelas-gelas air putih, saya hanya makan sayur-sayuran dan ikan yang direbus dengan dua sudu nasi setiap hari.

Saya akan berhenti mengambil makanan selepas pukul 5 petang. Setiap pagi selepas solat subuh, saya akan berjogging, selama satu jam. Balik dari kerja, saya bersenam aerobic di rumah selama sejam lagi. Dua kali seminggu saya akan ke gim bagi tempoh dua jam. Setelah setahun berlalu, saya beroleh hasilnya. Berat badan saya kini 50kg sahaja.

Kalau dulu orang yang sebaya dengan emak saya memanggil saya kakak kerana saya jauh lebih tua dari usia saya tetapi kini orang tidak percaya jika saya katakana saya sudah berumur 30 tahun. Selain menjaga badan, saya juga merawat diri dan wajah dengan ke salun kecantikan. Hendak dijadikan cerita Putri, ketika inilah lelaki-lelaki yang selama ini tidak perasan dengan kewujudan saya, telah mula membuka mata mereka seluas-luasnya.

Saya akhirnya mendapat kerjaya yang setaraf dengan kelayakan saya. Betullah kata orang, jika kita cantik keyakinan kita akan tinggi, setinggi menara KLCC. Dengan kerjaya yang saya miliki, berkereta besar, saya sering menjadi buruan lelaki. Tidak keterlaluan saya katakan, kini saya adalah kegilaan ramai lelaki. Tetapi maaflah, hati saya belum terbuka untuk sesiapa kerana saya tahu mereka cuma cintakan paras rupa saya sahaja, tidak lebih dari itu. Jika saya kembali seperti dahulu semula, potong jari, tidak mungkin mereka akan menerima saya.


Terlalu mudah untuk mengimpikan dan mengangankan sesuatu yang indah2 tetapi untuk menjadikan impian itu satu realiti memang terlalu payah dan menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Walaupun begitu saya sangat berbesar hati dan bangga sekurang-kurangnya luahan rasa saya yang pernah tersiar di dada akhbar terlaris ini menjadi sumber inspirasi dan kejayaan kepada orang lain... Syabas...

Tak perlu mencari wanita secantik Zulaikha andai dirimu tidak segagah Adam, Usah diharap kasih setulus Balqis andai dirimu tidak sehebat Sulaiman... Carilah wanita yang baik dan berakhlak mulia kerana sebaik2 perhiasan dunia itu adalah wanita solehah...

31 May 2013

Udang Galah Lemak Cili Padi & Nenas

Ini satu lagi khazanah sungai yang dibawa balik dari Mersing.., Udang Galah... Dalam perjalanan balik ke Melaka minggu lepas aku dan suami singgah di Kahang untuk membeli udang galah ini. Harga sekilo udang galah gred A ni RM60.00... Lihatlah betapa lazatnya udang galah ini setelah dimasak lemak cili padi bersama Nenas... Pehhh Mak Mertua lalu sure tak nampak punyalahhhh... Terbaekkk



30 May 2013

Asam Pedas Telur Ikan Mayong

Korang pernah tak makan ikan mayong? atau nama lainnya ikan duri, ikan jahan atau ikan belukang??.. kalau sebut ikan belukang macam tak best jer bunyinya, tapi nama yang paling femesnya ikan mayong atau ikan duri lah... Yang aku tahu kalau ikan tu jenis besar orang panggil ikan mayong, tapi kalau ikan tu jenis kecik orang panggil ikan duri, tapi apa pun gelaran dan namanya merujuk kepada ikan yang sama. Ikan mayong ni bukan saja sedap pada isinya tapi telurnya adalah bahagian yang paling lazat dan menjadi rebutan penggemarnya... Oklah hari ni aku nak berkongsi resepi Asam Pedas Telur Ikan Mayong... Selamat mencuba




Resepi Asam Pedas Telur Ikan Mayong (Duri)

Cili Kering, bawang merah, bawang putih, sedikit kunyit hidup, secubit belacan
segenggam asam jawa (perah ambil airnya), lengkuas dan daun kesum

Kesemua bahan tadi kecuali lengkuas dikisar halus, manakala lengkuas diketuk,
 tumiskan semua bahan2 tersebut sehingga naik bau, 
masukkan air tunggu hingga kuah mengelegak,
 masukkan telur ikan dan daun kesum..

25 March 2013

Jalan-jalan Kota Tinggi

Dah lama tak datang jenjalan Kota Tinggi, Banyak tempat menarik rupanya di sini, terutamanya gerai-gerai menjual kain-kain pasamg, kurung readymade dan pelbagai textile lagi.. Sukernyer, sehari di sini asyik shoppin dan makan2 jer... Memandangkan sudah lama tidak ke sini kami mengambil keputusan untuk menginap di sini satu malam. Kami telah memilih Hotel Mayres untuk penginapan kami.


Sarapan di Hotel Mayres

Ada Western

Ada juga Nasi Lemak

Kami singgah di satu kedai makan "Bangkok Village" untuk mengisi perut sebelum meneruskan aktiviti shoppin sampai lenguh lutut..

Air bandung soda ni jer yang sedap... hidangan yang lain, setakat ala2 kadar jer...