15 March 2013

AEON CREDIT Yang Biadap


Pada 14.03.2013 (Khamis) pagi saya telah menerima panggilan daripada AEON Credit daripada nombor telefon 03 20xxxxxx berkenaan akaun saya yang katanya tertunggak. Pegawai lelaki yang menghubungi saya telah bercakap dengan biadap katanya “kalau Puan banyak duit kenapa tak nak bayar hutang?” Saya telah mematikan perbualan tersebut kerana marah dengan kata-kata pegawai tersebut. Tetapi beliau telah menghubungi saya semula  dengan menggunakan talian bernombor 03 217xxxx pula (Company besar byk sgtlah talian) tetapi saya tidak mengendahkan panggilannya. 

Pegawai tersebut bertindak menghantar SMS kepada saya menggunakan telefon bimbitnya bernombor  017 32xxxxx yang berbunyi begini : “Salam. X takut ke nanti dah mati x sempat nak selesaikan hutang. Puan x blaja pasal agama islam ke? Puan muslim kan? Saya cume mengingatkan sbagai saudara sesame islam. Suka ati la nk dengar ke xnak.” 

Saya membalas SM beliau bahawa saya akan membuat laporan polis kerana beliau cuba mengugut saya dengan SMS itu, dan beliau membalas SMS saya seperti ini : “Ugut? Reminder & threat is 2 different things. If u wish to make a report be my guest. But pls clear ur payment before u do so”.

SMS – SMS tersebut bagi saya sangat-sangatlah biadap dan menyalahi etika khidmat pelanggan mana-mana syarikat pun. Siapa beliau untuk mengeluarkan kenyataan tersebut kepada saya? Saya telah membuat aduan kepada pihak AEON CREDIT untuk mengambil tindakan segera atas kejadian ini sebelum saya meneruskan tindakan undang-undang.

Walaubagaimanapun atas nasihat keluarga saya akhirnya telah membuat laporan polis untuk mengambil tindakan mahkamah atas kebiadapan mereka ini...

Ko cari pasal silap orang lah....


No comments: