1 February 2016

Ikan Bakar Alai Melaka

Sabtu lepas, akak makan ikan bakar. Sebenarnya dah lama sangat tak pergi makan ikan bakar ni. Last datang makan pada tahun 2013 kalau tak salah. Selalunya ikan akar Alai yang menjadi pilihan sebab  lokasinya lebih dekat berbanding dengan ikan bakar serkam, umbai dan muara sungai duyong. Yang istimewanya di Melaka ni orang makan ikan bakar dengan nasi lemak tau tapi kalau nk request nasi putih pun boleh juga...

Kali ini kami ke Alai  lagi tapi restoran yang dikunjungi bukan lah Ala Kassim Crystal Baya Alai seperti kebiasaan tetapi kali ini husband memilih tempat makan baru, Restoran d Akar Alai namanya. Kedainya berdekatan dengan Ala Kassim. Pada mulanya kami was-was nak makan di sini memandangkan tidak ramai pelanggan berbanding dengan kedai lain tetapi setelah melihat kesegaran seafoodnya kami teruja untuk mencuba.

Apa yang dapat kami simpulkan, seafood dia memang terbaik dan sangat-sangat segar... Masakan boleh tahan.  Harga pula sangat berpatutan dan yang penting tidak perlu menunggu lama umtuk makanan sampai ke meja... High Recommend!!


Udang butter, pepahat black paper dan Ketam sambal


Sotong celup tepung, ikan bakar


Nasi Lemak bungkus wajib makan dengan ikan bakar


Seafood sangat segar, udang saiz XXXL







No comments: