10 February 2016

Jalan2 CNY Port Dickson - Rumah Terbalik

Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini membawa kami adik beradik dan ipar duai berkumpul di rumah saya di Melaka. Berkumpul semalaman sebelum meneruskan percutian seperti yang telah dirancang. Percutian bajet dan tak perlu berjalan jauh pastinya destinasi yang paling sesuai ialah Port Dickson kerana sangat dekat dengan Melaka. Pagi Sabtu 6hb Feb 2016 kami bergerak menuju ke Port Dickson. 

Tempat yang dirancang awal untuk dikunjungi ialah Rumah Terbalik. Lokasinya berhadapan dengan Apartment ANCASA. Tiket untuk dewasa RM20 dan kanak-kanak RM15. 

Kira-kira 1 jam menghabiskan masa di dalam Rumah Terbalik dan ART 3D kami mengisi perut di PD Waterfront, menjamu masakan panas ala thai. Harga yang berpatutan untuk 11 orang makan dan 11 jenis lauk hanya RM150+++ sahaja. 

Selepas menjamu selera kami check in di The Regency Port Dickson. Sewa untuk 1 apartment 3 bilik ialah RM590 semalam. Oklah untuk memberi keselesaan kepada ahli keluarga kami yang besar. 

































No comments: