Harga Makanan sangat mahal cer teka untuk 2 orang makan ni.. RM18 tau
24 March 2013
Kota Tinggi Waterfalls Resort
Percutian cuti sekolah yang dirancang last minit ni hari kejadiannya ialah pada 24 Mac 2013... Kali ini hati terdetik untuk pergi bersama berdua sahaja dengan adik kesayangan tanpa ditemani suami dn ahli keluarga yg lain. Kami sampai di resort ini kira-kira pukul 12.30 hari..... Apa yang dapat diceritakan tempat ini langsung tidak menarik, Persekitaran nampak tidak terurus daripada segi penjagaan dan kebersihan.. Kakitangan resort yang kurang mesra dan undertrain.. Kesejukan air terjun sama sekali tidak dapat mendinginkan cuaca yang sangat panas ketika ini...
19 March 2013
Kerabu Taugeh Perut
Kerabu Perut dan Taugeh... Kalau di negeri Kedah, kerabu perut ini adalah juadah yang biasa dihidangkan ketika kenduri kahwin..
Resepi Kerabu Perut
Perut lembu yang dibersihkan direbus dan dipotong-potong kecil,
Kacang panjang dipotong halus, taugeh dibersihkan dan dibuang ekor,
Bawang kecil, bunga kantan dan cili padi dipotong halus,
tomato dipotong dadu
gaulkan semua bahan-bahan tadi didalam mangkuk
perisakan dengan garam dan gula
akhir sekali perahkan limau nipis dan sedia untuk dihidang
@Selamat Mencuba@
Che Ta Kucing Istimewa
Che Ta ditemui ketika aku sedang memarkir kereta selepas keluar makan
tengahari, sebaik sahaja keluar dari kereta, aku terlihat seekor kucing
putih di bawah Gazebo kawasan pejabat ku.. Setelah mendekatinya aku
dapati kucing itu kelaparan, dan keadaannya ketika itu sangat daif dan
kotor. Paling menyedihkan aku dapati matanya buta... Tanpa berfikir
panjang aku terus memegangnya, niat aku ketika itu hendak membawa dia
pulang ke rumah dan memberi dia makan. Sekarang dah lebih 6 bulan Che Ta
jadi keluarga aku... Memang dia nakal sikit dan suka cari pasal ngn
kucing-kucing yang lain....tapi mummy tetap akan sayang Che Ta@
Sambal Sotong
Orang Johor cakap sambal tumis sotong tapi orang Melaka cakap Sambal Sotong...
Resepi Sambal Sotong
Sotong dibersihkan dan dipotong tora (bulat2)
Lada kering dikisar bersama bawang merah dan bawang putih dan sedikit belacan
Panaskan minyak, tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan naik bau,
masukkan sotong dan asam keping, perisakan dengan garam dan sedikit gula
kemudian sedia untuk dihidangkan
@Selamat mencuba@
Cantekknya meja taman ni...
Cantik-cantikkan meja taman ni... Ada satu blog yang menjual meja taman ini di Jasin Melaka. Saya berharap perniagaannya masih beroperasi dan stok meja taman yang cantik ini masih ada lagi...
Gambar-gambar ehsan dari setmejataman.blogspot.com
15 March 2013
AEON CREDIT Yang Biadap
Pada 14.03.2013 (Khamis) pagi saya telah menerima panggilan daripada AEON Credit daripada nombor telefon 03 20xxxxxx berkenaan akaun saya yang katanya tertunggak. Pegawai lelaki yang menghubungi saya telah bercakap dengan biadap katanya “kalau Puan banyak duit kenapa tak nak bayar hutang?” Saya telah mematikan perbualan tersebut kerana marah dengan kata-kata pegawai tersebut. Tetapi beliau telah menghubungi saya semula dengan menggunakan talian bernombor 03 217xxxx pula (Company besar byk sgtlah talian) tetapi saya tidak mengendahkan panggilannya.
Pegawai tersebut bertindak menghantar SMS kepada saya menggunakan telefon bimbitnya bernombor 017 32xxxxx yang berbunyi begini : “Salam. X takut ke nanti dah mati x sempat nak selesaikan hutang. Puan x blaja pasal agama islam ke? Puan muslim kan? Saya cume mengingatkan sbagai saudara sesame islam. Suka ati la nk dengar ke xnak.”
Saya membalas SM beliau bahawa saya akan membuat laporan polis kerana beliau cuba mengugut saya dengan SMS itu, dan beliau membalas SMS saya seperti ini : “Ugut? Reminder & threat is 2 different things. If u wish to make a report be my guest. But pls clear ur payment before u do so”.
SMS – SMS tersebut bagi saya sangat-sangatlah biadap dan menyalahi etika khidmat pelanggan mana-mana syarikat pun. Siapa beliau untuk mengeluarkan kenyataan tersebut kepada saya? Saya telah membuat aduan kepada pihak AEON CREDIT untuk mengambil tindakan segera atas kejadian ini sebelum saya meneruskan tindakan undang-undang.
Walaubagaimanapun atas nasihat keluarga saya akhirnya telah membuat laporan polis untuk mengambil tindakan mahkamah atas kebiadapan mereka ini...
20 February 2013
Nasi Dagang Penyabong
Cuti Tahun Baru Cina (9 Feb 2013 – 12 Feb 2013) aku tidak
berkesempatan pulang ke kampung halaman walaupun perancangan awalnya begitu,
ini kerana family di kampung hendak datang ke Melaka. So pada hari jumaat (15.02.2013) Suami
mengajak aku pulang ke kampung (Mersing) katanya dah lama tak balik kampung dan
tekak teringin sangat nak makan nasi dagang. Walaupun kampungku di Mersing
Johor, tapi keenakan nasi dagangnya setanding dengan nasi dagang Terengganu.
Ini kerana ramai orang pantai timur khususnya orang Terengganu datang
bermastautin di Mersing. Dan mereka inilah yang telah membuka perniagaan
menjual nasi dagang yang sedap tu.
Walaupun begitu setiap kali pulang ke kampung, aku dan suami
pastinya akan mengunjungi gerai nasi dagang kak mun yang terletak di Pantai
Penyabong. Bagi aku nasi dagang dia paling sedap di dunia.. selain dari menjual
nasi dagang, kak mun juga menjual pulut panggang (orang Terengganu panggil
pulut lepa) dan kuih bakar yang amat lazat rasanya. Ini kerana cara
penyediaannya masih lagi menggunakan kaedah tradisional dengan menggunakan
sabut untuk membakar.
Subscribe to:
Posts (Atom)