Lamanya tidak mengupdate di blog ini.. Kesibukan kerja yang tidak menentu membuatkan "new post" untuk bulan April kosong. Ah busy nyer aku... Kini dah masuk mid Mei, bulan perkahwinan adik lelaki aku telah tiba. Kenduri kecil-kecilan adalah langkah yang bijak dan selamat. Tambahan lagi kesihatan bonda yang tidak mengizinkan. Asalkan semuanya selamat sudahlah.. Selamat memasuki alam rumahtangga buat adikku yang sangat aku sayang.. Abu Khalid dan Pasangan Nurul Ashikin
12 May 2014
29 March 2014
Tauhu Sumbat Ayam Cendawan
Menu sarapan pagi ni, tauhu sumbat ayam cendawan hasil perkongsian resepi dari teman di fb group. Menu yang simple dan amat menyelerakan
5 keping tauhu dipotong 2
digoreng dan disejukkan.
Bahan2 inti:-
Bahan2 inti:-
1 tin cendawan butang dihiris halus
I cawan ayam / daging cincang
1 biji bawang besar cincang
1 biji telur ayam
Lada putih, garam dan perasa
Bahan hirisan-cili merah, cili hijau dan daun sup.
tumiskan smua bahan2 inti hingga masak dan sejukkan seketika. Kemudian masukkan inti tadi ke dalam tauhu yg di ptg dua di celup telur dan di goreng. Selamat mencuba.
I cawan ayam / daging cincang
1 biji bawang besar cincang
1 biji telur ayam
Lada putih, garam dan perasa
Bahan hirisan-cili merah, cili hijau dan daun sup.
tumiskan smua bahan2 inti hingga masak dan sejukkan seketika. Kemudian masukkan inti tadi ke dalam tauhu yg di ptg dua di celup telur dan di goreng. Selamat mencuba.
10 March 2014
Misteri Pesawat MH370
Pertama sekali saya merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Saya sebenarnya keliru dan sebak dengan apa yang telah terjadi. Sememangnya apa-apa pun yang terjadi kepada negara saya, Malaysia saya amat prihatin dan mengambil tahu. Pesawat milik Malaysia Airline System (MAS) MH370 yang menggunakan boeing 777-200 dalam penerbangan pukul 12.41 pagi 8 Mac 2014 dari Kuala Lumpur ke Beijing tidak dapat dikesan oleh radar kawalan trafik udara pada pukul 2.41 pagi.
Harini saya diberi kekuatan untuk menulis post ini. Walaupun bukan kaum keluarga saya yang terlibat dan sekadar kenalan pada jiran sekampung yang mana anaknya antara salah seorang mangsa, namun telah banyak airmata saya tumpah pada hari pertama
lagi. Saya disconnect dengan semua laman sosial dan duduk seharian di depan tv kerana itu
sahaja media yang saya boleh percayai.
Namun dalam kesedihan yang melanda setiap rakyat Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya dengan trajedi ini, saya sedikit kesal, bukanlah ramai dan banyaknya bantuan yang diperlukan. Tetapi kejayaan misi menyelamat sebenarnya adalah kepantasan masa yang dikerahkan. Pada ketinggian 35000 kaki sebuah pesawat hanya memerlukan 10 minit untuk terhempas ke dalam laut dan krew serta penumpang hanya mempunyai 10 dan 15 minit untuk menyelamatkan diri sebelum karam.. (sumber dari Kapten Datuk Nik Huzlan, mantan Juruterbang MAS dalam temubual bersama TV3) Kalaulah misi mencari dan menyelamat (SAR) hanya dikerahkan seawal pukul 8.30 pagi (lebih 6 jam selepas MH370 tidak dapat dikesan oleh radar). Itu kata merekalah, tapi saya percaya misi menyelamat lebih lewat dari itu. Kalau andaian ini benar terjadi kita dah dapat agak apa yang berlaku kepada semua penumpang dan anak kapal itu.
Jawapan pihak berwajib pastinya terlalu klise ada banyak SOP yang perlu dikeluarkan sebelum arahan SAR dikeluarkan. Persoalannya perlu ke SOP yang meleret-leret dalam kejadian yang melibatkan nyawa beratus manusia ini?. Come on lah ketepikan lah SOP yang meleret-leret itu demi jiwa-jiwa yang perlu segera diselamatkan, begitu juga kita terpaksa ketepikan kedaulatan negara dengan membenarkan negara lain masuk ke perairan negara kita untuk operasi SAR kerana nyawa tidak boleh dibataskan dengan apa-apa peraturan dan undang-undang sekalipun.
Pada malam hari pertama mendapat berita sedih ini saya membaca surah yassin berdoa untuk keselamatan mangsa terlibat dan dalam tidur saya bermimpi.. Maaf, mungkin mimpi saya tidak wajar dikongsikn di sini, tapi setelah hari ke 3 misteri kehilangan masih belum terungkai saya sebak dan sebal mengenangkan mimpi saya.. Marilah kita terus sama-sama berdoa tanpa jemu semoga doa kita antara yang didengar dan dimakbulkanNya. Ya Allah tunjukkanlah kekuasaan Mu yag meliputi 7 petala langit dan bumi… kami berharap padaMu dengan sebenar2 pertolongan. Perkenankan ya Rabb...
5 February 2014
PBT oh PBT (Majlis Daerah Mersing)
Banyak betullah masalah dengan PBT ni dulu dengan Majlis Bandaraya Melaka pada tahun 2010, sekarang dengan Majlis Daerah Mersing pulak. Sila refer forum bertarikh 26 Disember 2013 ni Rumah Usang di Taman Intan Jaya mersing kalau nak tahu apa yang aku bebelkan ni. Malas dah nak cerita panjang-panjang.. . Agaknya PBT ni memang jenis tuli jer kan orang mengadu bagai nak rak sampai masuk paper pun buat derk je..
1 February 2014
Sambal Jering Ikan bilis
Resepi sambal jering ikan bilis ni, kalau tak salah aku terkenal di Pahang. Jering yang digunakan dalam resepi ini adalah jering tua yang disemai terlebih dahulu di dalam tanah sehingga keluar akar. Jering kemudian dibersihkan dipotong kecil di goreng terlebih dahulu sehingga lembut. Kemudian ditumis bersama cili api, bawang dan ikan bilis.. pergghhhh sangat enak dimakan dengan nasi panas. Hari ni jom kita cuba dan rasakan keenakan resepi tradusional ini...
14 January 2014
Cuti - Cuti Kuantan
Mood nak bercuti tetiba jer datang walhal perancangan awal untuk 2014 ni hujung-hujung tahun nanti baru nak pegi jenjalan. Petang Jumaat 10 Januari 2014, aku dan suami bergerak menuju ke Kuantan melalui jalan baru yang kami ricky (Selandar - Gemencheh - Muadzam Shah - Kuantan). Bertolak kira-kira pukul 4.30 petang, sampai di Gambang pukul 8.00 malam. Singgah untuk dinner sebelum terus ke Bandar Kuantan untuk mencari Hotel. Susah juga nak cari hotel malam-malam kerana lokasi yang kurang familiar akhirnya kami bermalam di sebuah hotel di jalan Bukit Sekilau setelah 2, 3 buah hotel yang kami singgah kurang memberi kepuasan.
Pagi-pagi lagi kami dah bangun, misi aku nak cari nasi dagang kuantan. kami terus berkemas dan check out, Perjalanan diteruskan ke Pantai Batu Hitam kerana suami dah berpesan awal-awal lagi dia nak menginap di resort tepi laut. Kami sampai di Black Stone Resort Kuantan kira-kira pukul 10.00 pagi. setelah membayar harga chalet kami dibenarkan terus check in. untunglah dapat check in awal. Resort ni biasa2 jer, tapi aku paling suka dengan lokasinya yang menghadap pantai serta sunyi dan tenang. Bilik untuk Standard room hanya RM150 semalam tetapi agak kecil dan muat-muat untuk 2 orang sahaja. Selesai check in kami keluar ke gerai berdekatan untuk sarapan pagi. Nasib baik kerana gerai tersebut ada menjual nasi dagang yang enak rasanya.
Sebelah petang, kami berjalan-jalan ke Pantai Beserah untuk menikmati Mee Calong, malamnya pula kami ke restoran seafood Pantai Balok untuk menikmati makan malam, harga makanan di sini dari sarapan pagi hinggalah ke malam sangat berpatutan.
Pagi Ahad 12 Januari 2014 kami bertolak balik melalui jalan Pekan kerana hendak bermalam di rumah orang tuaku di Mersing. Dalam perjalanan kmi singgah di Kampung Ubai untuk sarapan pagi. Sebagai penggemar nasi dagang, aku ingin sangat merasai kenenakan nasi dagang kampung ubai yang disebut-sebut orang. Tapi setelah merasainya alahai tak kenalah dengan selera aku, kuahnya cair dan rasanya biasa-biasa aje cuma harganya yang murah cuma RM3.00 sepinggan.
Sebelah petang, kami berjalan-jalan ke Pantai Beserah untuk menikmati Mee Calong, malamnya pula kami ke restoran seafood Pantai Balok untuk menikmati makan malam, harga makanan di sini dari sarapan pagi hinggalah ke malam sangat berpatutan.
Pagi Ahad 12 Januari 2014 kami bertolak balik melalui jalan Pekan kerana hendak bermalam di rumah orang tuaku di Mersing. Dalam perjalanan kmi singgah di Kampung Ubai untuk sarapan pagi. Sebagai penggemar nasi dagang, aku ingin sangat merasai kenenakan nasi dagang kampung ubai yang disebut-sebut orang. Tapi setelah merasainya alahai tak kenalah dengan selera aku, kuahnya cair dan rasanya biasa-biasa aje cuma harganya yang murah cuma RM3.00 sepinggan.
Nasi Dagang Pantai Batu Hitam yang enak rasanya
Mee Calong Pantai Beserah RM3.50 semangkuk
Makan malam di salah sebuah resoran di pantai Balok hanya RM25
Nasi Dagang Ubai yang indah khabar dari rupa...
6 January 2014
Seleraku
Di masa terluang aku rajin melayari
internet mengoogle resepi2 masakan. Ketika melihat resepi2 masakan yang
enak2 ini aku terimbau kembali zaman kanak-kanak ku yang ketika itu
mempunyai selera makan yang sangat tinggi, maklumlah budak2 yang sedang
membesar apa sahaja semua sedap dimakan.
Sehingga
kini aku masih dapat menyenaraikan satu persatu makanan-makanan
kegemaranku ketika zaman kecil dahulu. Di sini aku senaraikan makanan
kegemaranku bermula usiaku 6 tahun. Bagiku inilah makanan-makanan yang
paling sedap di dunia:-
1. Nasi Lemak Daun Pisang Makcik Yah (Jiranku ketika di Kluang Johor) dijual hanya 20 sen sebungkus
2. Nasi Lemak di Kantin Sekolah Felda Endau yang dijual ketika bulan puasa - 20 sen sebungkus
3. Bihun dan Mi Lidi Mak Jah di Felda Endau (Kampungku) - 20 sen sebungkus
4. Mi Lidi Mak Ati (juga Felda Endau) - 20 sen sebungkus
5. Nasi Dagang Pak Zainal (Felda Endau) - 20 sen sebungkus
6. Nasi Dagang Bah Senah (Felda Endau) - 30 sen sebungkus
7. Bihun Goreng bungkus daun pisang mak kawan sekelas aku, kamisah sarib (Felda Endau) - 20 sen sebungkus
7. Bihun Goreng bungkus daun pisang mak kawan sekelas aku, kamisah sarib (Felda Endau) - 20 sen sebungkus
8. Nasi berlaukkan sayur kacang, ikan bilis goreng dan kacang tanah di kantin sekolah Felda Endau yang diberi percuma.
9. Nasi lemak ikan tongkol di kafe Uitm Sura Hujung Dungun Terengganu
10. Nasi goreng Minang di kedai belakang CIMB Sura Gate Dungun Terengganu
11. Last but not least juadah yang tersedap di dunia ialah nasi goreng nenek aku...
11. Last but not least juadah yang tersedap di dunia ialah nasi goreng nenek aku...
Dan
alangkah bagusnya kalau kenikmatan menjamah keenakkan makanan-makanan
itu bisa dinikmati lagi di saat ini. Tetapi bila kita sudah ada duit
sendiri, kenikmatan menjamah makanan tidak lagi senikmat waktu kecil
dahulu kan...kenapa ya?
Subscribe to:
Posts (Atom)