Persidangan PERPENA 2 tahun sekali, kali ini dibuat di Hotel Equatorial Penang pada 15 hingga 17 Mei 2016. Tak banyak sangat nak kongsi pengalaman sebab datang ke sini pun atas urusan kerja, so masa nak jalan-jalan tu agak terhadlah. Apatahlagi penginapan kami di Hotel Equatorial yang terletak di Bayan Lepas agak jauh untuk keluar ke bandar dan tempat-tempat popular di sekitar Penang. Perkhidmatan Shuttle hotel hanya untuk perjalanan ke Queensbay Mall Bayan Lepas sahaja. Selebihnya jika hendak ke tempat-tempat lain perlu menaiki teksi yang bayarannya amatlah mahal boleh cecah RM100 untuk satu teksi...
Perjalanan menaiki kapal terbang MAS daripada KLIA ke Penang mengambil masa 40 minit sahaja.
Perjalanan menaiki kapal terbang MAS daripada KLIA ke Penang mengambil masa 40 minit sahaja.
Musim durian di penang digambarkan dengan pemandangan sepanjang jalan dari Airport ke hotel menyaksikan deretan gerai menjual durian di tepi jalan.
Orang kata kat Penang ni makanan sedap, so hari kedua tu sempat jugaklah ke Queensbay Bayan Lepas menikmati Beriani dan Cheese Nan di Kapitan... Rasa???? biasa2 je kot.. Harap2 tak sakit perut lah....
Lain2 pengalaman?... x de sangatlah kot untuk dikongsikan bersama melainkan pengalaman kehilangan bagasi sebaik sampai Airport Penang amatlah merungsingkan sampai spoil mood satu hari... nasib baik bagasi dijumpai semula dengan selamat, kalau tak sehelai sepinggang je lah sepanjang 3 hari di Penang.
PERSEKITARAN HOYEL EQUATORIAL PENANG. BUKA TV JER ADA WARM WELCOME KAT SCREEN TV...
RESOTORAN KAPITAN DEPAN QUEENSBAY BAYAN LEPAS. PEKENA CHEESE NAN DENGAN KAWAN2 PERSIDANGAN
GAMBAR2 SEMASA PERSIDANGAN BERLANGSUNG.. TAK SAH KAN KL TAK SELPIE N WELPIE APATAH LAGI JUMPA SEMULA DGN KAWAN2 LAMA..